Sabtu, 16 Disember 2017 
A+ R A-

Sajak Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA

Secebis Coretan Buat Mu... PUSPANITA – PERAK AMAN JAYA Meniti detik Menghitung hari Tahun datang silih berganti 30 tahun sudah usiamu kini PUSPANITA Asal namamu PUSPANITA Cetusan idea tokoh terkemuka Tun Dr. Siti Hasmah Penaung pertama empunya nama

Pengenalan

Sejarah penubuhan PUSPANITA, idea penubuhannya datang daripada Tun Dr. Siti Hasmah sendiri. Idea ini tercetus apabila beliau dan suami yang ketika itu sedang bercuti di Indonesia telah disambut oleh Persatuan...

Objektif

Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan. Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan,...

Visi dan Misi

VISI Ke Arah PUSPANITA Cemerlang MISI Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. MOTO Wanita Sepakat Negara Meningkat

Sajak Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA

Secebis Coretan Buat Mu... PUSPANITA – PERAK AMAN JAYA Meniti detik Menghitung hari Tahun datang silih berganti 30 tahun sudah usiamu kini PUSPANITA Asal namamu PUSPANITA Cetusan idea tokoh terkemuka Tun Dr. Siti Hasmah Penaung pertama empunya nama

Pengenalan

Sejarah penubuhan PUSPANITA, idea penubuhannya datang daripada Tun Dr. Siti Hasmah sendiri. Idea ini tercetus apabila beliau dan suami yang ketika itu sedang bercuti di Indonesia telah disambut oleh Persatuan...

Objektif

Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan. Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan,...

Visi dan Misi

VISI Ke Arah PUSPANITA Cemerlang MISI Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. MOTO Wanita Sepakat Negara Meningkat

Mutiara Kata

When you talk, you are only repeating what you already know..But if you listen, you may learn something new

- Dalai Lama -



 

Kalendar Puspanita

December 2017
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

Topik Popular

RESEPI Kesihatan AGAMA
 Program-Program PUSPANITA Negeri Perak 2015
 
Sila hubungi urus setia di talian 05-2531957 / 05-2095000 untuk maklumat lanjut.
 
Pakaian Seragam PUSPANITA yang terbaru ada dijual dengan harga RM79.50 sepasang. Sila klik "Mengenai Kami" [pakaian seragam] untuk melihat kedua-dua pakaian tersebut.
 
"Moh le ramai-ramai kita beli, siapa cepat dia dapat"

PENGUMUMAN
 
KEPADA AHLI-AHLI YANG TELAH MEMOHON KAD KEAHLIAN PUSPANITA,
MOHON KERJASAMA UNTUK MENGAMBIL KAD MASING-MASING DI PEJABAT PUSPANITA.  
UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK URUS SETIA.

 


SUMBANGAN KEWANGAN & PERALATAN PERUBATAN DI BAWAH TABUNG PUSPADARA PUSPANITA (TPP)
 
PUSPADARA Kebangsaan melalui TPP memberikan pelbagai sumbangan dari segi kewangan dan peralatan perubatan bagi ahli-ahli PUSPANITA yang memerlukan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi urus setia di talian 
05-209 5000 samb. 5157
 

PERTANDINGAN TENPIN BOWLING PUSPANITA NEGERI PERAK 2017

 
                                                                      Tarikh    : 17 Disember 2017 (Khamis)
                                                                      Masa     :  10.00 pagi 
                                                                      Tempat  :  Ampang Super Bowl, Ipoh, Perak
 
** Sebarang pertanyaan/ maklumat lanjut sila hubungi Pn Faezah Desa 019-5177557 / Pn Rashidah Bt. Senusi
019-3938587**
 

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-35 TAHUN 2018 PUSPANITA NEGERI PERAK 

 
                                                                    Tarikh     : 25 Januari 2018 (Khamis)
                                                                     Masa    :  8.00 pagi 
                                                                    Tempat  :  Dewan Bankuet, 
                                                                                     Bangunan Perak Darul Ridzuan
 
 

PERTANDINGAN TENPIN BOWLING PUSPANITA NEGERI PERAK 2017

 
Tarikh  : 17 Disember 2017 (Khamis)
Masa  :  10.00 pagi 
Tempat  :  Ampang Super Bowl, Ipoh, Perak
 
** Sebarang pertanyaan/ maklumat lanjut sila hubungi Pn Faezah Desa 019-5177557 / Pn Rashidah Bt. Senusi
019-3938587**

Berita Terkini

Ceramah Agama “Hadir Pelangi Di Balik Hujan” Bersama Ustaz Ebit Lew Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

“Hadir Pelangi Di Balik Hujan”

Kursus Keterampilan Diri “Akak Cantik Bertumit Tinggi”

Kursus Keterampilan Diri “Akak Cantik Bertumit Tinggi” Bersama CuteCarry Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

Filter
  • Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura Anjuran PUSPANITA Negeri Perak

    Program Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura Anjuran PUSPANITA Negeri Perak telah diadakan pada 18 Oktober 2017 bertempat di Rumah PUSPANITA Negeri Perak.

    Program ini saban tahun diadakan pada bulan Muharam sebagai salah satu acara tradisi tahunan PUSPANITA Negeri Perak. 

    Seramai 30 orang Ahli Jawatankuasa dan ahli PUSPANITA hadir bersama-sama untuk bergotong-royong memasak bubur asyura.

    Sebanyak dua kawah bubur asyura dimasak secara bergotong-royong bermula pada jam 9.00 pagi dan bubur siap dimasak serta dibungkus pada jam 2.00 petang.  Sebanyak 500 bekas telah berjaya dihasilkan dan turut diagihkan kepada semua Ahli Jawatankuasa dan ahli yang terlibat. 

    Program seperti ini harus dikekalkan bagi mengeratkan ukhwah sesama ahli di samping memupuk keceriaan dalam program sedemikian.

  • Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran PUSPANITA Negeri Perak

    PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah pada 17 Oktober 2017 (Selasa) bertempat di Rumah PUSPANITA.  Seramai 30 orang ahli telah terlibat dalam kursus tersebut.

    Kursus Pengurusan Jenazah diadakan dengan kerjasama dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Seramai 2 orang Fasilitator/ Penceramah ISMA telah memimpin peserta kursus mempelajari Tatacara pengurusan jenazah wanita, iaitu Ustazah Norizah Bt. Hj. Amad dan dibantu oleh Puan Noor Hayah Bt. Muslim.  Intipati kursus adalah teori dan praktikal pengurusan jenazah iaitu memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah.

    Pihak Pengerusi amat berpuashati kursus sebegini diadakan dan berharap PUSPANITA dapat lagi bekerjasama bersama ISMA pada masa akan datang.

  • Ujian Menembak Lima Penjuru Tahun 2017 Bersama DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim

    Ujian Kemahiran Menembak Lima Penjuru Tahun 2017 telah diadakan pada 14 Oktober 2017, Sabtu bertempat  di Lapang Sasar Padang Tembak, Ipoh, Perak.

    Lima pasukan yang terdiri daripada pasukan Istana, BAIDURI, PUSPANITA, PERKEP dan BAKAT telah mengambil bahagian.

    Dalam acara tersebut, Tuanku Zara Salim yang mengetuai pasukan Istana A, dinobatkan sebagai penembak terbaik bagi acara ‘Centre Fire’ Individu. Naib johan jatuh kepada Puan Nor Aini Bt. Abdul Ghani dari PERKEP A dan tempat Ketiga YBhg. Datin Rosnizan Bt. Abdul Aziz dari BAIDURI A.  Pasukan menembak BAKAT berjaya mendominasi acara 'Falling Plate' apabila muncul johan bagi kategori tersebut, Naib Johan, BAKAT B dan Ketiga, Istana A. 

    ISTANA berjaya meraih Johan Keseluruhan Menembak dan membawa pulang piala pusingan yang dipertandingkan.  Manakala tempat kedua BAKAT, tempat ketiga PERKEP, tempat keempat PUSPANITA dan tempat kelima BAIDURI.

    Berikut adalah senarai nama peserta PUSPANITA Negeri Perak yang terlibat dalam acara kejohanan tersebut:-

    1.         YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Bt. Mohamad

    2.         YBhg. Datin Noor Arita Bt. Ismail

    3.         Puan Noor Aniza Bt. Mansor

    4.         Puan Dalina Bt. Dahalan

    5.         Puan Zairina Bt. Noordin

    6.         Puan Zatusy Syamami Bt. Ibrahim

    7.         Cik Jasmei Norhuda Bt. Razalli

    8.         Puan Suekarni Bt. Mohamed Hashim

    9.         Puan Nurulhuda Bt. Mohd Alias

    10.       Puan Surieyani Bt. A. Razak

    11.       Puan Nor Fadzlina Bt. Jamaludeen

    12.       Cik Helmazaida Bt. Md. Isa

  • Ujian Kemahiran Menembak Lima Penjuru Bagi Tahun 2016

    Ujian Kemahiran Menembak Lima Penjuru Tahun 2016 telah diadakan pada 8 Oktober 2016, Sabtu bertempat  di Lapang Padang Tembak, Ipoh, Perak.

    Lima pasukan yang terdiri daripada pasukan Istana, BAIDURI, PUSPANITA, PERKEP dan BAKAT telah mengambil bahagian.

    Dalam acara tersebut, Tuanku Zara Salim yang mengetuai pasukan Istana A, dinobatkan sebagai penembak terbaik bagi acara ‘Centre Fire’ Individu. Naib johan jatuh kepada Puan Suliana Bt. Jaafar dari BAKAT B dan tempat Ketiga Puan Jamaiyah Bt. Kassa dari BAKAT A.  Pasukan menembak Tuanku Zara Salim, Istana A berjaya mendominasi acara 'Falling Plate' apabila muncul johan bagi kategori tersebut, Naib Johan, BAIDURI A dan Ketiga, BAKAT B. 

    BAKAT berjaya meraih Johan Keseluruhan Menembak dan membawa pulang piala pusingan yang dipertandingkan. 

    Berikut adalah senarai nama peserta PUSPANITA Negeri Perak yang terlibat dalam acara kejohanan tersebut:-

    1.         YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Bt. Mohamad

    2.         YBhg. Datin Nor Aishah Bt. Abu Khalid

    3.         Puan Saadiah Bt. Shaari

    4.         Puan Noor Aniza Bt. Mansor

    5.         Puan Zairina Bt. Noordin

    6.         Puan Nor Akmar Bt. Ibrahim

    7.         Puan Suekarni Bt. Mohamed Hashim

    8.         Puan Nurulhuda Bt. Mohd Alias

    9.         Puan Fatimah Bt. Hamid

    10.       Puan Lizawati Bt. Esmon

     

     

  • Seminar Motivasi dan Kecemerlangan Diri serta Majlis Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang

    Seminar Motivasi dan Kecemerlangan Diri serta Majlis Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang telah diadakan pada 27 Oktober 2015 bertempat di Hotel Impiana, Ipoh anjuran Kerajaan Negeri Perak bersama PUSPANITA Negeri Perak.

    Seminar ini telah berjaya menghimpunkan seramai lebih 600 peserta.  Slot seminar ini dimulakan dengan forum bertajuk “Kerjaya atau Keluarga, Mana Satu Pilihanku” oleh Tuan Haji Hushim Bin Haji Salleh, Kaunselor Hushim Motivational & Counselling Consultancy.  Slot seminar kemudian diteruskan dengan pembentangan oleh Tuan Haji Fadzli Bin Yusof, Perunding Latihan dan Kaunselor Global Genius Sdn. Bhd.

    Ceramah yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini disusuli dengan Majlis Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang bagi menghargai dan mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak ahli PUSPANITA seramai 15 orang yang mendapat A dalam semua mata pelajaran di dalam peperiksaan STPM, SPM, PT3 dan UPSR bagi tahun 2015.

    Seminar ini juga diakhiri dengan penyerahan borang kaji selidik bagi menilai semula kelemahan dan kekurangan seminar bagi tujuan penambahbaikan di masa akan datang.  Program motivasi ini dapat mendorong diri peserta menjadi “orang baru” yang sanggup menerima perubahan, berfikiran positif dan berpandangan jauh.

  • Lawatan Sambil Belajar PUSPANITA Negeri Sembilan ke Negeri Perak

     

    PUSPANITA Negeri Perak telah menerima kunjungan ahli jawatankuasa dan ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan seramai 35 orang pada 20 hingga 23 Oktober 2015.  Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli PUSPANITA bagi menambah pengertahuan berkaitan dengan kebudayaan dan keindahan alam semulajadi seperti flora dan fauna di Negeri Perak.  Di samping itu juga dapat menjalinkan hubungan akrab di kalangan ahli PUSPANITA Negeri Perak dan PUSPANITA Negeri Sembilan.

    Rombongan yang diketuai oleh YBhg. Datin Siti Hajal Binti Ahmad selaku Timbalan Pengerusi PUSPANITA Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan selama empat hari bermula dengan aktiviti melihat kelip-kelip di Taiping, Pulau Tali Kail dan Empangan Royal Belum serta Perkampungan Orang Asli. 

    Rombongan turut diraikan dengan jamuan makan tengah hari di Jabatan Perhutanan Negeri Perak sambil beramah mesra bersama ahli-ahli PUSPANITA Negeri Perak.

    Semoga lawatan ini dapat membuka minda dan meningkatkan pengetahuan semua ahli PUSPANITA yang terlibat.

  • Pertandingan Laman Web Terbaik PUSPANITA 2015

    Tahniah diucapkan kepada PUSPANITA Negeri Perak kerana memenangi tempat ketiga bagi Pertandingan Laman Web Terbaik PUSPANITA 2015 sempena Program Wacana ICT PUSPANITA "Memperkasa Gaya Hidup Wanita Melalui Inovasi ICT" yang diadakan pada 8 Oktober 2015 bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan, PUTRAJAYA.

    Turut menerima Sijil Penghargaan, Plak dan hadiah wang tunai berjumlah RM300.  Anugerah disampaikan oleh YBhg. Puan Sri Datuk Rohani Abdullah, Yang DiPertua PUSPANITA Kebangsaan.

622534
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
76
424
76
617927
12261
20314
622534
IP Anda: 54.91.171.137

Jumlah Pengunjung Sedang Online

We have 64 guests and no members online

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

 

 

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my