Ahad, 19 Ogos 2018 
A+ R A-
PENGUMUMAN:   KERJA PENGEMASKINIAN PORTAL PUSPANITA PERAK SEDANG DILAKSANAKAN. 
  • Selamat Datang
  • Wanita Sepakat Negara Meningkat
  • AJK Puspanita
responsive jquery slider joomla

Mesyuarat Majlis Tertinggi Bil.5 2017-2019

Ceramah Agama “Hadir Pelangi Di Balik Hujan” Bersama Ustaz Ebit Lew Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

Hadir Pelangi Di Balik Hujan

Kursus Keterampilan Diri “Akak Cantik Bertumit Tinggi” Bersama CuteCarry Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

Filter
  • LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA WANITA KAJANG, SELANGOR

    PUSPANITA Negeri Perak telah menganjurkan lawatan ke Penjara Wanita, Kajang pada 30 November 2017 bermula pada jam 9.30 pagi. 

    Semasa lawatan tersebut, kesemua 37 ahli PUSPANITA Negeri telah disambut oleh pegawai terdiri daripada kakitangan Penjara bersama ahli-ahli PERSIAP.  Kesemua ahli diberi penerangan serba ringkas mengenai Penjara Wanita, Kajang dan berpeluang untuk melihat secara lebih dekat lagi kehidupan di penjara.  Seterusnya ahli-ahli telah dibawa melawat tempat-tempat banduan wanita melakukan aktiviti sepanjang tempoh tahanan dijalankan seperti spa dan salon, menjahit, penghasilan produk makanan seperti kek, biskut, dan makanan beku (frozen food).  menghasilkan kraftangan serta mencanting batik.  Ahli juga dapat melihat sendiri produk yang dihasilkan daripada batik seperti kain pasang, baju kemeja, kaftan, baju kurung, dress, shawl dan lain-lain lagi. Pelawat juga boleh membeli hasil kerja mereka untuk dibawa pulang sebagai cenderahati. 

     

  • LAWATAN “TAUTAN KASIH TITIAN CINTA” PUSPANITA NEGERI PERAK BERSAMA PERSATUAN SIMFONI IBU TUNGGAL NEGERI MELAKA

    Pada 24 hingga 26 November 2017 seramai 37 orang ahli PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan program lawatan “Tautan Kasih Titian Cinta” PUSPANITA Negeri Perak Bersama Persatuan Simfoni Ibu Tunggal Negeri Melaka.  Sumbangan berupa wang tunai ini disampaikan adalah untuk meringankan beban kepada penerima.

     

    Program diteruskan dengan sesi lawatan sambil belajar yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.  Antara tempat yang dilawati, kilang Koko Minda, Biskut Tongkat, Rempeyek, CIli Boh dan melihat secara dekat proses tanaman cendawan

  • LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ, SELANGOR

    PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan lawatan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Selangor pada 22 November 2017 dan dihadiri seramai 30 orang ahli.

    Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri koleksi peribadi yang dikumpulkan oleh Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 

     

    Galeri ini menyimpan lebih 1,500 koleksi peribadi Sultan Abdul Aziz, hadiah rakyat jelata dan sumbangan pemimpin, raja-raja dan ketua-ketua negara dari seluruh dunia. Selain itu, terdapat juga barangan peninggalan daripada sultan-sultan dan kerabat diraja Selangor sebelum ini seperti cenderamata ukiran perak dan peuter, koleksi arca kristal, model kereta dan basikal, koleksi senjata lama dan sebagainya.  Lawatan ini juga dapat memberikan pendedahan informasi kepada ahli-ahli dan merapatkan ukhuwah diantara orang awam dan pihak istana.

  • CERAMAH AGAMA “HADIR PELANGI DI BALIK HUJAN” BERSAMA USTAZ EBIT LEW

    PUSPANITA Negeri Perak telah menganjurkan program Ceramah Agama “Hadir Pelangi Di Balik Hujan” Bersama Ustaz Ebit Lew pada 15 November 2017, pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

     

    Seramai lebih kurang 850 peserta menyertai program ini dan ianya diadakan dalam suasana santai dan interaktif dua hala melalui perkongsian dari ilmu dan pengalaman penceramah dalam menjalan Street Dakwah serta kursus-kursus transformasi jiwa di seluruh negara.

     

    Di akhir program, kesemua muslimin dan muslimat yang hadir akan memperolehi ilmu pengisian rohani supaya lebih tenang dan dekat ke jalan Allah, saling berkasih sayang dan menghormati ibu bapa, sanak saudara, rakan sekerja serta khalayak sekitaran

  • KURSUS KETERAMPILAN DIRI “AKAK CANTIK BERTUMIT TINGGI” BERSAMA CUTECARRY

    PUSPANITA NEGERI Perak telah menganjurkan Kursus Keterampilan Diri “Akak Cantik Bertumit Tinggi pada 7 November 2017 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak.

     

    Seminar sehari ini dikendalikan oleh Encik Hafiz Mustapha atau lebih dikenali sebagai CuteCarry, seorang pakar pengurusan imej terkenal. Bengkel yang dikendalikannya merangkumi aspek pengurusan imej, penampilan dan penggayaan diri, adab, tingkahlaku, etiket serta pemilihan warna.  Selain daripada ceramah, beliau juga telah memberikan demonstrasi serta melibatkan diri peserta dalam aktiviti penampilan diri.

     

    Seminar kali ini adalah eksklusif untuk wanita yang serius untuk menambah baik keterampilan diri mereka untuk tampil sofistikated dan berkeyakinan.

    Seramai lebih kurang 500 ahli menyertai kursus ini dan memberikan sepenuh komitmen dan tumpuan sepanjang kursus berlangsung.

  • Majlis Minum Petang & Majlis Jasamu Dikenang

    Majlis Minum Petang dan Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 15 November 2016 bertempat di Hotel Tower Regency pada jam 2.30 petang. Tujuan majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan ukhwah sesama ahli sambil bersantai dalam suasana ceria.

    Turut diadakan majlis penghargaan bagi menghargai dan mengenang jasa perkhidmatan Ahli Jawatankuasa semasa bersama PUSPANITA.

    Beberapa aktiviti lain turut diadakan termasuk persembahan artis Mael XPDC, cabutan bertuah dan anugerah pakaian terbaik.

  • Lawatan Ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur & Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014

    PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan lawatan ke Tapak Ekspo Pertanian (MAHA) 2014 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 27 November 2014.  Lawatan ini disertai oleh seramai 30 orang ahli PUSPANITA. 

    Pelbagai ilmu pengetahuan, peluang, kemahiran, pendedahan, pertunjukan, permainan, jualan dan barangan yang boleh didapati disini. Tapak pameran MAHA 2014 ini sungguh luas. Ia menyajikan dengan lengkap semua aktiviti perladangan, penternakan dan nelayan negara.

  • Majlis Makan Malam "Ladies Night" Anjuran PUSPANITA Negeri Perak

    PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan Majlis Makan Malam “Ladies Night” pada 25 November 2014

    di Hotel Kinta Riverfront.   Majlis yang bertemakan 60’an Purple/Silver tersebut telah dihadiri seramai 370 orang ahli PUSPANITA.

    Pelbagai acara telah dijalankan antaranya ialah persembahan daripada ahli jawatankuasa PUSPANITA, Biro, Daerah dan pertandingan pakaian mengikut tema termasuk anugerah “Ladies of The Night”.  Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Pengerusi PUSPANITA Negeri Perak, YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Bt. Mohamad.

    Kemuncak acara pada malam itu adalah cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan antaranya ialah tiket penerbangan untuk dua orang ke Medan, Indonesia dan ipad Samsung Galaxy Note. 

  • Program Executive Talk Bersama Penaung PUSPANITA & Persidangan Tahunan PUSPANITA Ke-2 Tahun 2014

    Persidangan Tahunan PUSPANITA 2014 yang merupakan acara tahunan ini telah diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2014 bertempat di Dewan De’Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.   

    Persidangan selama dua hari yang bertemakan "Memperkukuh Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan: Jaringan Strategik Antara Perkhidmatan Awam, Swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan” dihadiri seramai 26 ahli-ahli PUSPANITA Negeri Perak.

    Pada hari tersebut YBhg. Tan Sri Dr.Ali Hamsa; Ketua Setiausaha Negara menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada PUSPANITA yang berjaya merancang dan melaksanakan Persidangan Tahunan PUSPANITA bagi tahun 2014.  Dalam ucapannya, KSN menyatakan bahawa kejayaan ini disebabkan komitmen dan kerjasama yang tinggi dari semua bahagian dan agensi PUSPANITA.

    Pelbagai acara telah diadakan termasuklah Seminar Tahunan Kesihatan, pameran dan taklimat.

  • Program "Sepetang Bersama Chef Kamarul"

    Pada 22 November 2013, PUSPANITA telah mengadakan program demonstrasi masakan “Sepetang Bersama Chef Kamarul” di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

    Program yang berlangsung selama dua jam itu menyediakan tiga jenis masakan iaitu Nasi Magloba, Bhuna Gosht – Lamb Thick Masala Curry dan Salad Kacang Kuda dengan Raita.   Kehadiran peserta pada petang itu dijangkakan melebihi 500 orang dan mereka turut dihiburkan oleh Sarjan Saji (Sarjan Jamil) yang pastinya mencuit hati.

    Sambutan amat menggalakkan daripada ahli-ahli PUSPANITA dan mereka kelihatan teruja dengan demonstrasi tersebut.  

  • Taklimat Kesedaran & Pengenalan Cukai dan Perkhidmatan (GST)

    Taklimat Khas berhubung dengan Sistem GST di Malaysia telah diadakan pada 19 November 2013 bertempat Hotel Heritage, Ipoh.  Seramai 300 orang ahli-ahli PUSPANITA hadir dalam program ini.  Taklimat tersebut telah disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Perak. 
    Objektif taklimat tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada warga PUSPANITA berhubung cadangan kerajaan untuk melaksanakan Sistem GST di Malaysia. Selain itu, kesan pelaksanaan Sistem GST kepada kerajaan, peniaga , pelabur, dan rakyat dapat difahami melalui taklimat sebegini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi PUSPANITA, YBhg Datin Hurul Ain Binti Cha.

  • Ceramah "Kenali Emas & Harta Kita"

    Ceramah "Kenali Emas & Harta Kita" telah diadakan di Dewan Serbaguna, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 13 November 2013.  Program anjuran PUSPANITA Perak dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)  dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu melibatkan kajian dan taklimat mengenai uruf pemakaian emas wanita-wanita Islam pada masa kini.  

  • Seminar "Bahagia Di Rumah, Bahagia Di Tempat Kerja"

    Pada 11 November 2013, PUSPANITA Perak telah mengadakan Seminar "Bahagia Di Rumah, Bahagia Di Tempat Kerja" bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perka (INTIM). 

    Program tersebut melibatkan seramai 400 penyertaan daripada pelbagai kakitangan agensi kerajaan, swasta dan persatuan NGO.  Objektif program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kualiti diri wanita dalam menempuh cabaran di tempat kerja mahupun di rumah.  Turut hadir sama pada program ini ialah YBhg. Datin Seri Saripah Binti Zulkifli.  Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg. Dr. Robiah Binti Kulop Hamzah.  

  • Pertandingan Menembak Lima Penjuru Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim

    PUSPANITA Negeri Perak memenangi tempat ketiga dalam acara Pertandingan Menembak Lima Penjuru Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim yang diadakan pada 16 November 2013 di Lapang Sasar, Jalan Padang Tembak, Ipoh.

    Dalam kejohanan tersebut Puan Halizah Binti Sipun memenangi kategori Centre Fire dengan pungutan 145 mata.  Manakala bagi kategori Falling Plate,  Pasukan Istana A mendapat tempat pertama, manakala Pasukan PERKEP B di tempat kedua dan Pasukan PUSPANITA A di tempat ketiga. 

    Berikut adalah senarai nama peserta yang terlibat dalam acara kejohanan tersebut:-

    1.      YBhg. Datin Nor Hasmah Bt. Mohamad        

    2.      Puan Balkhis Bt. Hj. Wahab                           

    3.      Puan Hjh. Hamidah Bt. Minon                          

    4.      Puan Balkis Bt. Saad                                         

    5.      Puan Halizah Bt. Sipun                                   

    6.      Puan Nur Hazirah Bt. Abdul Puhat                

    7.      Puan Siti Sarina Bt. Mahayuddin                     

    8.      Puan Nur Diana Bt. Puadi                                

    9.      Puan Ruhana Bt. Wazali                                   

    10.    Puan Faezah Bt. Desa                                      

  • Keputusan Pertandingan Boling Piala KSN Anjuran Bersama PUSPANITA Kebangsaan Pada 19 Oktober 2013

    PUSPANITA Negeri Perak

    ACARA INDIVIDU

    Johan    :    Puan Nazira Binti Don

    Ketiga    :    Puan Suhaila Binti Shuhaimi

    ACARA IBU & ANAK 

    Ketiga    :    Puan Nor Azlita Binti Hashim

                      Nor Baitul Ayu (Anak)

    ACARA BERKUMPULAN

    Kelima    :    Puan Hjh. Zakiah Binti Mohd Rejab

                       Puan Zauyah Binti Mohamad

                       Puan Morini Binti Mohd Ariff

                       Puan Ismalaila Binti Ismauddin

    Turut memenangi Hadiah Pakaian Terbaik Blok Ke-3

     

  • Program Lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah & Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar

    Seramai 40 orang ahli PUSPANITA Negeri Perak telah menjayakan Program Lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah dan Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar pada 29 Oktober 2013. 

    Program dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Kuala Kangsar itu  bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli PUSPANITA dan penghuni Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar di samping memberi kesedaran kepada ahli dan keprihatinan kepada penghuni rumah tersebut.

    Selain itu, lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah mempamerkan pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak.  

  • Majlis Penyerahan Kunci Rumah Sempena Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ke-7 (NBOS)

    Pada 31 Oktober 2013, PUSPANITA Negeri Perak dan PUSPANITA  Daerah Hilir Perak melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ke-7 ( NBOS 7)  telah memberi sumbangan hamper makanan, set pinggan mangkuk, dan barangan keperluan diri kepada seorang pemilik rumah yang terlibat dalam kebakaran April lalu di Sungai Sumun, Hutan Melintang, Perak.

    Program anjuran Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Negeri Perak itu bertujuan membantu membina semula sebuah rumah untuk mangsa yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan tersebut.  Majlis penyerahan kunci rumah itu dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak YB. Dato’ Abdul Puhat Bin Mat Nayan.  

 Program-Program PUSPANITA Negeri Perak 2018
 
Sila hubungi urus setia di talian 05-209 5000 samb. 5157 untuk maklumat lanjut.
 
Pakaian Seragam PUSPANITA yang terbaru ada dijual dengan harga RM79.50 sepasang. Sila klik "Mengenai Kami" [pakaian seragam] untuk melihat kedua-dua pakaian tersebut.
 
"Moh le ramai-ramai kita beli, siapa cepat dia dapat"

PENGUMUMAN
 
KEPADA AHLI-AHLI YANG TELAH MEMOHON KAD KEAHLIAN PUSPANITA,
MOHON KERJASAMA UNTUK MENGAMBIL KAD MASING-MASING DI PEJABAT PUSPANITA.  
UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK URUS SETIA.

 


SUMBANGAN KEWANGAN & PERALATAN PERUBATAN DI BAWAH TABUNG PUSPADARA PUSPANITA (TPP)

 
PUSPADARA Kebangsaan melalui TPP memberikan pelbagai sumbangan dari segi kewangan dan peralatan perubatan bagi ahli-ahli PUSPANITA yang memerlukan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi urus setia di talian 
05-209 5000 samb. 5157
 

 

BORANG PELAJAR ANAK CEMERLANG PUSPANITA NEGERI PERAK 2018

 
KEPADA SEMUA AHLI-AHLI DIMOHON  UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI ANAK-ANAK YANG TELAH BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAAN AM UPSR, PT3, SPM & STPM  KEPADA URUS SETIA BIRO PENDIDIKAN SEBELUM/ PADA 20 APRIL 2018.  BORANG YANG TELAH LENGKAP BOLEH DISERAH KEPADA ALAMAT BERIKUT:-
 
Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga,
PUSPANITA Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh,
Perak.
 
** Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Zaharah 012-5022546 atau Puan Norwahibah 05-5015000**
 

 

 

670594
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
185
419
185
667186
9869
15123
670594
IP Anda: 54.156.85.167

Jumlah Pengunjung Sedang Online

We have 40 guests and no members online

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

 

 

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my