Ahad, 19 Ogos 2018 
A+ R A-
PENGUMUMAN:   KERJA PENGEMASKINIAN PORTAL PUSPANITA PERAK SEDANG DILAKSANAKAN. 
  • Selamat Datang
  • Wanita Sepakat Negara Meningkat
  • AJK Puspanita
responsive jquery slider joomla

Mesyuarat Majlis Tertinggi Bil.5 2017-2019

Ceramah Agama “Hadir Pelangi Di Balik Hujan” Bersama Ustaz Ebit Lew Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

Hadir Pelangi Di Balik Hujan

Kursus Keterampilan Diri “Akak Cantik Bertumit Tinggi” Bersama CuteCarry Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

Filter
  • Seminar "Keterampilan Diri, Peningkatan Personaliti" Bersama Farrah Adeeba Mohamed Ashraf

    PUSPANITA Negeri Perak dengan kerjasama BAIDURI telah menganjurkan Seminar “Keterampilan Diri, Peningkatan Personaliti” pada 19 Februari 2016 di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak yang telah dihadiri seramai 200 orang peserta. 

    Seminar sehari ini dikendalikan oleh personaliti TV AlHijrah Farrah Adeeba Mohamed Ashraf.  Beliau banyak mengendalikan program latihan dan kesedaran mengenai aspek pengurusan imej, pengucapan awam, penampilan dan penggayaan diri.  Selain itu, beliau juga turut melibatkan para peserta dalam aktiviti berkumpulan dan gaya pemakaian tudung serta asas solekan.

  • Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-33

    Pada 28 Januari 2016, Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-33 telah diadakan di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Program bermula seawal jam 8.00 pagi ini dihadiri kira-kira 1500 orang ahli. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB. Puan Salbiah Binti Mohamed, Adun Temengor.

    Aktiviti jualan juga diadakan disepanjang koridor Dewan Bankuet dan ruang legar Aras Bawah mendapat sambutan yang hangat daripada ahli-ahli PUSPANITA.

    Program ini turut dihadiri YB Setiausaha Negeri Perak merangkap Penasihat PUSPANITA, YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

  • Program Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir kepada Penjawat Awam Anjuran PUSPANITA Negeri Perak

    Pada 10 Februari 2015, PUSPANITA Negeri Perak menyalurkan bantuan bernilai RM99,600 kepada penjawat awam yang menjadi mangsa banjir di Dewan Millenium, PDT Kampung Gajah, Perak.

    Atas dasar keprihatinan pihak PUSPANITA Negeri Perak, majlis penyerahan kepada mangsa-mangsa banjir telah diaturkan melibatkan sejumlah 332 orang penerima di Daerah Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Lenggong.

    Program penyerahan tersebut turut mendapat sumbangan daripada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Leweko Resources Berhad yang diterajui oleh Mantan Datuk Bandaraya Ipoh, YBhg. Dato’ Roshidi Bin Hashim dan MAKSAK.

    Semoga dengan penyerahan bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung mereka yang terjejas dalam bencana tersebut.

  • Lawatan YABhg. Datin Seri DiRaja Rosmah Binti Mansor ke Negeri Perak Sempena Program Penyampaian Bantuan Bencana Banjir Persatuan Pandu Puteri Malaysia

    Pada 4 Februari 2015, Persatuan Pandu Puteri Malaysia bersama PUSPANITA Negeri Perak dan BAIDURI mengadakan lawatan ke SK Chegar Galah dan Kampong Sayong Tebing, Kuala Kangsar sempena Program Penyampaian Bantuan Bencana Banjir Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

    Porgram bermula dengan sesi taklimat bencana banjir di Bilik Gerakan, Bangunan Perak Darul Ridzuan.   Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan dan peralatan sekolah bernilai hampir RM700,000 untuk mangsa banjir di Perak.  Yang Dipertuanya, YABhg. Datin Seri DiRaja Rosmah Binti Mansor turut menyalurkan bantuan lain iaitu buku latihan sekolah, alat tulis, set pembersihan diri dan pakaian.

    Beliau kemudian melepaskan konvoi enam lori yang membawa barangan keperluan untuk mangsa banjir di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Kerian, Hilir Perak dan Manjung.

    Turut hadir DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, yang juga Timbalan Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan isteri Menteri Besar Perak YBhg. Datin Seri DiRaja Saripah Zulkifli.

  • Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-32

    Pada 29 Januari 2015, Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-32 telah diadakan di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Program bermula seawal jam 8.00 pagi ini dihadiri kira-kira 1400 orang ahli. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hajjah Rusnah Binti Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak. 

    Aktiviti jualan juga diadakan disepanjang koridor Dewan Bankuet dan ruang legar Aras Bawah mendapat sambutan yang hangat daripada ahli-ahli PUSPANITA.

    Program ini turut dihadiri YB Setiausaha Negeri Perak merangkap Penasihat PUSPANITA, YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

  • Program Memberi Sumbangan Beg Sekolah dan Kelengkapan Alat Tulis Kepada Pusat Anak Permata Negara Bercham

    PUSPANITA Negeri Perak telah memberikan sumbangan beg sekolah dan kelengkapan alat tulis kepada 30 orang Anak-anak Permata Negara Bercham pada 7 Februari 2014 bertempat di Pusat Anak Permata Negara Bercham, Ipoh. 

    Sumbangan yang diberikan bertujuan untuk membantu mereka mengadakan satu program sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang akan diadakan pada 14 Februari 2014.

  • Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-30

    Pada 22 Februari 2013, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PUSPANITA Perak Kali Ke-30 telah diadakan bertempat di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Program bermula seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran ahli yang hadir. Kehadiran ahli PUSPANITA pada Mesyuarat kali ini diluar jangkaan, di mana kehadiran ahli adalah seramai hampir 1000 orang

  • Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-30

    Pada 22 Februari 2013, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PUSPANITA Perak Kali Ke-30 telah diadakan bertempat di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Program bermula seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran ahli yang hadir. Kehadiran ahli PUSPANITA pada Mesyuarat kali ini diluar jangkaan, di mana kehadiran ahli adalah seramai hampir 1000 orang berbanding jangkaan awal yang menghadiri Mesyuarat kali ini iaitu seramai 750 orang.

    Ini memberi petanda positif kepada PUSPANITA dengan menerima sokongan padu daripada ahli dan diterima baik oleh penjawat awam generasi Y yang kian bertambah. Namun demikian, jumlah kehadiran ahli PUSPANITA ini adalah terbatas disebabkan terdapat Ketua Jabatan yang menghadkan kehadiran pegawainya.

    Aktiviti jualan di sepanjang koridor Dewan Bankuet dan ruang legar Aras Bawah mendapat sambutan yang hangat daripada ahli-ahli PUSPANITA. Antara barangan jualan tersebut termasuklah pelbagai jenis tudung, kain ela, pakaian siap, rumpai laut, ubat-ubatan yang terhasil oleh entrepreneur bumiputera negeri Perak, barangan kraf yang dibuat oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan lain-lain lagi. Selain itu juga, terdapat booth untuk kesihatan dari Ar Ridzuan yang memberi perkhidmatan secara percuma untuk memeriksa kandungan kolestrol dan glukosa dalam darah, tekanan darah dan BMI pengunjung.

 Program-Program PUSPANITA Negeri Perak 2018
 
Sila hubungi urus setia di talian 05-209 5000 samb. 5157 untuk maklumat lanjut.
 
Pakaian Seragam PUSPANITA yang terbaru ada dijual dengan harga RM79.50 sepasang. Sila klik "Mengenai Kami" [pakaian seragam] untuk melihat kedua-dua pakaian tersebut.
 
"Moh le ramai-ramai kita beli, siapa cepat dia dapat"

PENGUMUMAN
 
KEPADA AHLI-AHLI YANG TELAH MEMOHON KAD KEAHLIAN PUSPANITA,
MOHON KERJASAMA UNTUK MENGAMBIL KAD MASING-MASING DI PEJABAT PUSPANITA.  
UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK URUS SETIA.

 


SUMBANGAN KEWANGAN & PERALATAN PERUBATAN DI BAWAH TABUNG PUSPADARA PUSPANITA (TPP)

 
PUSPADARA Kebangsaan melalui TPP memberikan pelbagai sumbangan dari segi kewangan dan peralatan perubatan bagi ahli-ahli PUSPANITA yang memerlukan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi urus setia di talian 
05-209 5000 samb. 5157
 

 

BORANG PELAJAR ANAK CEMERLANG PUSPANITA NEGERI PERAK 2018

 
KEPADA SEMUA AHLI-AHLI DIMOHON  UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI ANAK-ANAK YANG TELAH BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAAN AM UPSR, PT3, SPM & STPM  KEPADA URUS SETIA BIRO PENDIDIKAN SEBELUM/ PADA 20 APRIL 2018.  BORANG YANG TELAH LENGKAP BOLEH DISERAH KEPADA ALAMAT BERIKUT:-
 
Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga,
PUSPANITA Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh,
Perak.
 
** Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Zaharah 012-5022546 atau Puan Norwahibah 05-5015000**
 

 

 

670593
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
184
419
184
667186
9868
15123
670593
IP Anda: 54.156.85.167

Jumlah Pengunjung Sedang Online

We have 39 guests and no members online

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

 

 

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my