Selasa, 25 September 2018 
A+ R A-
PENGUMUMAN:   KERJA PENGEMASKINIAN PORTAL PUSPANITA PERAK SEDANG DILAKSANAKAN. 
  • Selamat Datang
  • Wanita Sepakat Negara Meningkat
  • AJK Puspanita
responsive jquery slider joomla

Mesyuarat Majlis Tertinggi Bil.5 2017-2019

Ceramah Agama “Hadir Pelangi Di Balik Hujan” Bersama Ustaz Ebit Lew Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

Hadir Pelangi Di Balik Hujan

Kursus Keterampilan Diri “Akak Cantik Bertumit Tinggi” Bersama CuteCarry Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

Filter
  • Majlis Penyampaian Insentif Kepada Atlet PUSPANITA Negeri Perak Bagi Pertandingan Karnival Sukan Anjuran PUSPANITA Kebangsaan Tahun 2016

    Majlis Penyampaian Insentif Kepada Atlet PUSPANITA Negeri Perak yang bertanding di Karnival Sukan PUSPANITA Kebangsaan 2016 telah diadakan pada 27 Mei 2016 bertempat di Hotel Weil, Ipoh.

    Pada Karnival Sukan 2016 yang diadakan di Putrajaya, Pasukan Negeri Perak berjaya memenangi Johan bagi pertandingan futsal dan boling serta Naib Johan bagi pertandingan boling dan badminton.

    Semua ahli pasukan bagi pertandingan futsal, boling, badminton, karom, batu seremban, congkak dan aerobikthon turut diberi ganjaran atas kemenangan yang diperolehi mereka.  Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

  • Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak Tahun 1437H/ 2016M Anjuran PUSPANITA Negeri Perak

    Pada 15 Mei 2016 bertempat di Auditorium Perak FM, Ipoh, PUSPANITA Negeri Perak telah menganjurkan Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak yang telah dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA Negeri Perak, YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Bt. Mohamad.

    Pertandingan ini terbuka kepada setiap jabatan-jabatan dan agensi yang bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim dan mencungkil bakat baru. TAHNIAH diucapkan kepada peserta nasyid dari Kumpulan Az- Fawzan dari Universiti Malaya kerana telah menjadi Johan dan semoga terus berjaya pada masa hadapan.  Manakala Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan Bachelor dari Universiti Sains Islam Malaysia dan Tempat Ketiga pula dimenangi oleh Kumpulan Az-Humaira dari Universiti Malaya.

    Ucapan tahniah juga diucapkan kepada semua peserta di atas penyertaan mereka semoga dapat meningkatkan lagi usaha bagi memperolehi kejayaan pada masa depan

  • Seminar Transformasi Minda Usahawan Wanita Boleh “U-Boleh” Anjuran PUSPANITA Negeri Perak Dengan Kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak

    Pada 9 April 2015,  YBhg. Dato Munirah Binti Abdullah Bajanuddin, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita telah merasmikan penutupan Seminar Transformasi Usahawan Wanita ‘U-Boleh’ di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Seramai lebih 800 wanita yang terlibat dalam program ini telah diberikan pendedahan berhubung soal memajukan diri serta meningkatkan tahap kefahaman dalam mengubah minda wanita untuk terus berdaya saing dan maju ke hadapan. Program ‘U-Boleh’ ini juga menekankan aspek transformasi minda atau mengubah kaedah pemikiran daripada baik menjadi lebih baik serta memberi manfaat kepada mereka dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar.  

    Turut diundang, tetamu jemputan  Pengasas Sendayu TInggi dan Jamu Ratu Malaya, Puan Rozita Ibrahim. 

  • Ceramah “Tajamnya Lidah” Bersama Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Elias

    Pada 21 Mei 2014 bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan, telah berlangsung ceramah “Tajamnya Lidah” oleh penceramah yang terkemuka dan tidak asing lagi di Negara kita iaitu  Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Elias.

    Seramai lebih kurang 500 orang telah hadir ke majlis ceramah tersebut. Program bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran ahli-ahli PUSPANITA dan berakhir pada jam 5.00 petang.

    Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam tentnag kepentingan menjaga hubungan antara sesama manusia.  Di dalam mendepangi dunia yang semakin mencabar ini, dikhuatiri kerana lidah boleh memecah belahkan persaudaraan umat Islam.

    Dengan gayanya yang bersahaja beliau menekankan kepada setiap mukmin agar sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perbuatan termasuk mengeluarkan kata-kata.

    Semoga ceramah yang telah disampaikan benar-benar memberi kesan dan manfaat kepada kita semua.

  • Ceramah “Tajamnya Lidah” Bersama Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Elias (2)

  • Program 1M4U PUSPANITA 2014 “Belia Aktif, Masyarakat Progresif”

    Pada 16 Mei 2014, PUSPANITA Negeri Perak bersama PUSPANITA Kebangsaan telah menganjurkan Program 1M4U PUSPANITA 2014 “Belia Aktif, Masyarakat Progresif” bertempat di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak & Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai, Perak.

    Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini dihadiri seramai 850 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli PUSPANITA, JPM, JAKOA dan MINDEF.  Program ini dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) YBhg Puan Sri Datin Seri Dato’ Rohani Abdullah.

    Program dimulakan dengan aktiviti sukaneka disusuli dengan pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak.  Acara lain ialah aktiviti program CSR membersihkan kawasan sekitar Hutan Lipur Kuala Woh dengan kerjasama JPM dan PLKN.  Program diteruskan dengan majlis penyampaian sumbangan barang keperluan asas dan beg sekolah kepada keluarga dan anak-anak orang asli.  Selain itu, sumbangan wheelbarrow dan wheelchair juga turut diberikan untuk kegunaan penduduk kampung tersebut.  

  • Program 1M4U PUSPANITA 2014 “Belia Aktif, Masyarakat Progresif” (2)

  • Bacaan Yasin Perdana & Ceramah Dunia Akhir Zaman "Bahaya Fitnah" Bersama PU Yeop

    Majlis Bacaan Yassin Perdana dan Ceramah Dunia Akhir Zaman bertajuk “Bahaya Fitnah” telah berjalan dengan lancar pada

    23 April 2014 dengan penceramah jemputan Pencetus Umah Yeop.

    Ceramah yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan ini dihadiri lebih 500 orang ahli PUSPANITA termasuk pegawai serta kakitangan lelaki dari pelbagai jabatan.

    Program ini bermula dengan bacaan yasin beramai-ramai diikuti dengan ceramah oleh PU Yeop.  Ceramah yang disampaikan oleh beliau telah berjaya mencuri tumpuan ahli-ahli dengan gayanya yang penuh terselit dengan jenaka.  Sambutan ahli-ahli PUSPANITA dalam program sebegini amat menggalakkan. 

  • Bacaan Yasin Perdana & Ceramah Dunia Akhir Zaman "Bahaya Fitnah" Bersama PU Yeop (2)

    Majlis Bacaan Yassin Perdana dan Ceramah Dunia Akhir Zaman bertajuk “Bahaya Fitnah” telah berjalan dengan lancar pada

    23 April 2014 dengan penceramah jemputan Pencetus Umah Yeop.

    Ceramah yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan ini dihadiri lebih 500 orang ahli PUSPANITA termasuk pegawai serta kakitangan lelaki dari pelbagai jabatan.

    Program ini bermula dengan bacaan yasin beramai-ramai diikuti dengan ceramah oleh PU Yeop.  Ceramah yang disampaikan oleh beliau telah berjaya mencuri tumpuan ahli-ahli dengan gayanya yang penuh terselit dengan jenaka.  Sambutan ahli-ahli PUSPANITA dalam program sebegini amat menggalakkan. 

  • Lawatan ke MIHAS 2014, The 11th International Halal Showcase

    Lawatan melibatkan seramai 20 orang ahli-ahli PUSPANITA ke MIHAS 2014, The 11th International Halal Showcase pada 11 April 2014 telah membuka minda dan memberi pendedahan tentang produk-produk halal dari pelbagai Negara. 

    Program bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) ini menyediakan hampir 200 booth pameran melibatkan penyertaan dari pelbagai Negara seperti Palestin, Taiwan, China, Korea dan lain-lain.  Produk yang ditawarkan adalah daripada hasil produk makanan, kecantikan dan sebagainya.  Setiap booth juga cuba memperkenalkan produk makanan mereka dengan memberi sample atau tester kepada para pengunjung.

  • text scroller MAKLUMAN

     Program-Program PUSPANITA Negeri Perak 2018
     
    Sila hubungi urus setia di talian 05-209 5000 samb. 5157 untuk maklumat lanjut.
     
    Pakaian Seragam PUSPANITA yang terbaru ada dijual dengan harga RM79.50 sepasang. Sila klik "Mengenai Kami" [pakaian seragam] untuk melihat kedua-dua pakaian tersebut.
     
    "Moh le ramai-ramai kita beli, siapa cepat dia dapat"

    PENGUMUMAN
     
    KEPADA AHLI-AHLI YANG TELAH MEMOHON KAD KEAHLIAN PUSPANITA,
    MOHON KERJASAMA UNTUK MENGAMBIL KAD MASING-MASING DI PEJABAT PUSPANITA.  
    UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK URUS SETIA.

    SUMBANGAN KEWANGAN & PERALATAN PERUBATAN DI BAWAH TABUNG PUSPADARA PUSPANITA (TPP)

    PUSPADARA Kebangsaan melalui TPP memberikan pelbagai sumbangan dari segi kewangan dan peralatan perubatan bagi ahli-ahli PUSPANITA yang memerlukan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi urus setia di talian 
    05-209 5000 samb. 5157
     
    BORANG PELAJAR ANAK CEMERLANG PUSPANITA NEGERI PERAK 2018

    KEPADA SEMUA AHLI-AHLI DIMOHON  UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI ANAK-ANAK YANG TELAH BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAAN AM UPSR, PT3, SPM & STPM  KEPADA URUS SETIA BIRO PENDIDIKAN SEBELUM/ PADA 20 APRIL 2018.  BORANG YANG TELAH LENGKAP BOLEH DISERAH KEPADA ALAMAT BERIKUT:-
     
    Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga,
    PUSPANITA Negeri Perak
    Jalan Tun Abdul Razak
    30640 Ipoh,
    Perak.
     
    ** Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Zaharah 012-5022546 atau Puan Norwahibah 05-5015000**
     
696042
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
410
606
1586
686510
19477
15840
696042
IP Anda: 54.80.219.236

Jumlah Pengunjung Sedang Online

We have 8 guests and no members online

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my