Rabu, 12 Disember 2018 
A+ R A-
PENGUMUMAN:   KERJA PENGEMASKINIAN PORTAL PUSPANITA PERAK SEDANG DILAKSANAKAN. 
  • Selamat Datang
  • Wanita Sepakat Negara Meningkat
  • AJK Puspanita
responsive jquery slider joomla

Mesyuarat Majlis Tertinggi Bil.5 2017-2019

Ceramah Agama “Hadir Pelangi Di Balik Hujan” Bersama Ustaz Ebit Lew Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

Hadir Pelangi Di Balik Hujan

Kursus Keterampilan Diri “Akak Cantik Bertumit Tinggi” Bersama CuteCarry Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

Filter
  • Program Kesejahteraan Emosi 'Bridge To A Better Life' 2017

    Pada 20 April 2017 telah berlangsung Program Kesejahteraan Emosi 'Bridge To A Better Life' 2017 anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Perak dengan kerjasama PUSPANITA Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.  Seramai 800 orang peserta telah hadir melibatkan kakitangan awam, ahli PUSPANITA, pertubuhan NGO dan para pelajar. Pengisian program berbentuk Forum bertajuk Jauhi Tekanan : Rumahku Syurgaku yang menampilkan Para Panel Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias, Pendakwah Bebas dan Prof Dr Rahmatullah Khan, Psikologi Klinikal UPSI. Moderator forum adalah Dr. Rahim Kamaluddin, Criminologist UKM.

  • Lawatan Ke MIHAS 2017

    Lawatan melibatkan seramai 30 orang ahli-ahli PUSPANITA ke MIHAS 2017, The 14th International Halal Showcase pada 6 April 2017 (Khamis) telah membuka minda dan memberi pendedahan tentang produk-produk halal dari pelbagai Negara. 

    Program bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) ini menyediakan hampir 200 booth pameran melibatkan penyertaan dari pelbagai negara-negara ASEAN, Turki, Brazil, Afrika Selatan, Palestin, Iran, Emiriah Arab Bersatu, China, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan.

    Produk yang ditawarkan adalah daripada hasil produk makanan, kecantikan dan sebagainya.  Setiap booth juga cuba memperkenalkan produk makanan mereka dengan memberi sample atau tester kepada para pengunjung.

     

  • Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-34 Tahun 2016

    Pada 26 Januari 2017, Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-34 telah diadakan di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Program bermula seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran ahli yang hadir. Kehadiran ahli PUSPANITA pada Mesyuarat kali ini diluar jangkaan, di mana kehadiran ahli adalah seramai hampir 2000 orang berbanding jangkaan awal yang menghadiri Mesyuarat kali ini iaitu seramai 1500 orang.

    Ini memberi petanda positif kepada PUSPANITA dengan menerima sokongan padu daripada ahli dan diterima baik oleh semua penjawat awam.  Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh oleh YB Datin Mastura Binti Mohd Yazid, Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

    Aktiviti jualan di sepanjang koridor Dewan Bankuet dan ruang legar Aras Bawah mendapat sambutan yang hangat daripada ahli-ahli PUSPANITA. 

  • Majlis Penghargaan PUSPANITA Negeri Perak Tahun 2017

    Majlis Penghargaan dan Penyampaian Insentif PUSPANITA Negeri Perak bagi Tahun 2017 yang diadakan pada 4 April 2017 (Selasa) di Hotel Weil, Ipoh telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Binti Mohamad, Pengerusi PUSPANITA Negeri Perak.

    Seramai 45 orang pemain Karnival Sukan PUSPANITA 2017 terdiri daripada pemain badminton dan bowling berjaya memenangi Johan bagi Pertandingan Badminton dan Boling bagi kategori Pesara Lelaki dan Wanita.  Bagi Naib Johan, dimenangi oleh pemain futsal, badminton dan boling.  Manakala bagi Tempat Ketiga dimenangi oleh pemain boling.  Syabas diucapkan kepada para pemain. 

  • Program Kesejahteraan Emosi-Bridge To A Better Life Anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak Dengan Kerjasama PUSPANITA Negeri Perak

    Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak dengan kerjasama PUSPANITA Negeri Perak telah menganjurkan satu Program Kesejahteraan Emosi-Bridge To A Better Life pada 27 April 2016 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

  • Program Kesejahteraan Emosi-Bridge To A Better Life Anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak Dengan Kerjasama PUSPANITA Negeri Perak (2)

    Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak dengan kerjasama PUSPANITA Negeri Perak telah menganjurkan satu Program Kesejahteraan Emosi-Bridge To A Better Life pada 27 April 2016 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Seramai lebih kurang 1000 peserta termasuk ahli-ahli PUSPANITA, bukan ahli dan NGO turut hadir bersama mengikut ceramah tersebut.

    Program ini bertujuan memberi kefahaman tentang peranan yang dimainkan oleh gender dalam masyarakat. Ia diaharap mampu melestarikan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan yang berharmoni.  Satu forum bertajuk: 

  • Program Kesejahteraan Emosi-Bridge To A Better Life Anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak Dengan Kerjasama PUSPANITA Negeri Perak (3)

    Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak dengan kerjasama PUSPANITA Negeri Perak telah menganjurkan satu Program Kesejahteraan Emosi-Bridge To A Better Life pada 27 April 2016 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Seramai lebih kurang 1000 peserta termasuk ahli-ahli PUSPANITA, bukan ahli dan NGO turut hadir bersama mengikut ceramah tersebut.

    Program ini bertujuan memberi kefahaman tentang peranan yang dimainkan oleh gender dalam masyarakat. Ia diharap mampu melestarikan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan yang berharmoni.  Satu forum bertajuk: Wanita Bekerja: Tuntutan atau Pilihan yang menampilkan dua orang Ahli Panel terkenal iaitu Ustazah Norhafizah Musa dan Dr. Mohd Izhar Arif Bin Mohd Kashim. Moderator bagi forum ini adalah Ustaz Zaakria Osman dairt Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

     

  • Program Kesejahteraan Emosi-Bridge To A Better Life Anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak Dengan Kerjasama PUSPANITA Negeri Perak

    Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak dengan kerjasama PUSPANITA Negeri Perak telah menganjurkan satu Program Kesejahteraan Emosi-Bridge To A Better Life pada 27 April 2016 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Seramai lebih kurang 1000 peserta termasuk ahli-ahli PUSPANITA, bukan ahli dan NGO turut hadir bersama mengikut ceramah tersebut.

    Program ini bertujuan memberi kefahaman tentang peranan yang dimainkan oleh gender dalam masyarakat. Ia diharap mampu melestarikan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan yang berharmoni.  Satu forum bertajuk: Wanita Bekerja: Tuntutan atau Pilihan yang menampilkan dua orang Ahli Panel terkenal iaitu Ustazah Norhafizah Musa dan Dr. Mohd Izhar Arif Bin Mohd Kashim. Moderator bagi forum ini adalah Ustaz Zakaria Osman dairt Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

     

  • Lawatan ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2016

    Lawatan melibatkan seramai 30 orang ahli-ahli PUSPANITA ke MIHAS 2016 telah membuka minda dan memberi pendedahan tentang produk-produk halal dari pelbagai Negara. 

    Program yang bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena Minggu Halal Sedunia (WHW) 2016 ini disertai lebih 500 syarikat tempatan dan antarabangsa dengan 643 gerai pameran membabitkan penyertaan 29 negara asing.

     

  • Lawatan Sambil Belajar PUSPANITA Negeri Perak Ke Ladang Pokok Buah Tin

    Pada 18 April 2015, seramai 20 orang ahli PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan lawatan ke Ladang Tin Fig Fiesta Malaysia, di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

    Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri ladang buah tin yang menghasilkan buah yang masak dan ranum dipokok.  Ahli-ahli yang berkunjung ke sini dapat melihat pokok tin dari Negara Timur Tengah, Jepun, China dan Taiwan di samping membeli anak benih yang dijual dengan harga antara RM80 hingga RM140 sepokok mengikut jenisnya.

    Selain itu, di ladang ini turut menjual teh daripada daun pokok tin dan jem.  Menurut pengusaha, daun pokok tin yang dijadikan teh ini dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengubati diabetis.

  • Majlis Penghargaan dan Penyampaian Insentif MAKSAK dan PUSPANITA Perak bagi Tahun 2014/2015

    Majlis Penghargaan dan Penyampaian Insentif MAKSAK dan PUSPANITA Perak bagi Tahun 2014/2015 yang diadakan pada 27 Mac 2015 di Kelab Golf DiRaja Perak telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

    Selain daripada para pemain MAKSAK, seramai 24 orang penerima yang terdiri daripada pemain boling dan futsal berjaya memenangi Johan bagi Pertandingan Boling Piala KSN Berkumpulan, Pertandingan Boling Persahabatan Pesara PUSPANITA dan Pertandingan Futsal turut menerima skim ini.  

    Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Binti Mohamad, Pengerusi PUSPANITA Negeri Perak dan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA.

  • Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA (MAP) Ke-33

    Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA (MAP) Ke-33 telah diadakan pada 26 Mac 2015 di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI dan telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.  Beliau yang juga Penasihat PUSPANITA mengorak langkah dan melaksanakan amanah yang diberikan untuk memartabatkan peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan negara. 

    Pada program yang sama, Yang Dipertua PUSPANITA, YBhg. Puan Sri Datuk Rohani Abdullah telah menyampaikan Anugerah Ahli PUSPANITA Cemerlang Peringkat Cawangan kepada YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Binti Mohamad, Pengerusi PUSPANITA Negeri Perak dan Puan Noor Aniza Binti Mansor, Setiausaha Cawangan Negeri Perak.

    Sempena dengan MAP, turut diadakan Karnival Sukan Tahunan PUSPANITA di PUSPANITAPURI, Putrajaya.  Cawangan Negeri Perak telah berjaya memenangi Johan bagi Pertandingan Boling Piala KSN Berkumpulan, Pertandingan Boling Persahabatan Pesara PUSPANITA dan Pertandingan Futsal.

    Sementara itu, bagi menyerikan lagi program tersebut, turut diadakan juga Majlis Makan Malam Ladies Nite PUSPANITA Kebangsaan Tahun 2015 yang telah berlangsung pada 25 Mac 2015 dengan tema Hollywood Stars (Red & Gold).

  • Festival Kesenian Islam 2015 Anjuran PUSPANITA Negeri Perak

    Sebanyak lapan buah kumpulan nasyid dan empat buah kumpulan marhaban telah menyertai  Festival Kesenian Islam 2015 pada 14 Mac 2015 anjuran PUSPANITA Negeri Perak yang berlangsung di Auditorium, RTM Perak. 

    Festival ini dianjurkan untuk menggilap bakat di kalangan ahli-ahli PUSPANITA.  Majlis perasmian dirasmikan oleh YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Binti Mohamad, Pengerusi PUSPANITA Negeri Perak.

    Dalam pertandingan ini, juara bagi kumpulan Nasyid telah dimenangi oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan juara bagi kumpulan Marhaban dimenangi oleh ahli-ahli kumpulan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun.  Majlis penutup diserikan dengan persembahan dari ahli kumpulan nasyid Far East, Azwan Ibrahim.

 Program-Program PUSPANITA Negeri Perak 2018
 
Sila hubungi urus setia di talian 05-209 5000 samb. 5157 untuk maklumat lanjut.
 
Pakaian Seragam PUSPANITA yang terbaru ada dijual dengan harga RM79.50 sepasang. Sila klik "Mengenai Kami" [pakaian seragam] untuk melihat kedua-dua pakaian tersebut.
 
"Moh le ramai-ramai kita beli, siapa cepat dia dapat"

PENGUMUMAN
 
KEPADA AHLI-AHLI YANG TELAH MEMOHON KAD KEAHLIAN PUSPANITA,
MOHON KERJASAMA UNTUK MENGAMBIL KAD MASING-MASING DI PEJABAT PUSPANITA.  
UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK URUS SETIA.

 


SUMBANGAN KEWANGAN & PERALATAN PERUBATAN DI BAWAH TABUNG PUSPADARA PUSPANITA (TPP)

 
PUSPADARA Kebangsaan melalui TPP memberikan pelbagai sumbangan dari segi kewangan dan peralatan perubatan bagi ahli-ahli PUSPANITA yang memerlukan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi urus setia di talian 
05-209 5000 samb. 5157
 

 

 

 

738794
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
367
581
2843
731461
7828
16078
738794
IP Anda: 54.164.198.240

Jumlah Pengunjung Sedang Online

We have 17 guests and no members online

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

 

 

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my