Ahad, 19 Ogos 2018 
A+ R A-
PENGUMUMAN:   KERJA PENGEMASKINIAN PORTAL PUSPANITA PERAK SEDANG DILAKSANAKAN. 
  • Selamat Datang
  • Wanita Sepakat Negara Meningkat
  • AJK Puspanita
responsive jquery slider joomla

Mesyuarat Majlis Tertinggi Bil.5 2017-2019

Ceramah Agama “Hadir Pelangi Di Balik Hujan” Bersama Ustaz Ebit Lew Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

Hadir Pelangi Di Balik Hujan

Kursus Keterampilan Diri “Akak Cantik Bertumit Tinggi” Bersama CuteCarry Anjuran PUSPANTIA Negeri Perak

Filter
  • Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Dan Pasukan Beruniform

    Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) menyumbangkan 20,000 bungkusan kuih raya untuk anggota keselamatan pada Rabu, 7 Jun 2017.

    PUSPANITA Negeri Perak turut membantu kerja-kerja pembungkusan selain daripada pertubuhan sukarela yang lain antaranya, BAKAT, PERKEP, PGA, Pandu Puteri di samping ahli-ahli BAIDURI sendiri.

    Majlis penyerahan bungkusan ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir.

  • Majlis Pembungkusan & Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan BAIDURI Sempena Aidil Fitri 2015

    Kerajaan Negeri Perak telah mengaturkan satu majlis pembungkusan dan penyerahan kuih raya kepada pasukan keselamatan yang berlangsung pada 25 Jun 2015, bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Pelbagai jabatan termasuk unit beruniform dan badan berkanun menerima bungkusan juadah raya untuk diagihkan kepada 17,000 penjawat awam.  Kesemua sumbangan makanan itu merangkumi rendang tok, serunding ayam, nasi impit, kuah kacang dan kopi.

    PUSPANITA Negeri Perak turut terlibat dalam proses pembungkusan ini termasuk pasukan keselamatan, BAIDURI, MAKSAK dan KESEDAR.  Selain itu juga, program ini mendapat sokongan daripada beberapa badan lain seperti BAKAT, PERKEP serta wakil-wakil anggota kerajaan.

    Majlis penyerahan kuih raya ini disempurnakan sendiri oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr.Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan sebagai tetamu jemputan kehormat pada hari berkenaan

  • Lawatan Ke Taman Rimba Herba, Negeri Perlis

    PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Rimba Herba, Negeri Perlis

    pada 11 Jun 2015.  Seramai 24 orang ahli terlibat dalam program ini.

    Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang pelbagai spesis herba, flora dan fauna.

    Di samping itu juga, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli.

  • Majlis Penghargaan PUSPANITA Negeri Perak 2014

    PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan Majlis Penghargaan PUSPANITA Negeri Perak bermula dari jam 3.00 petang di Hotel Impiana, Ipoh.

    Majlis ini diadakan bagi menghargai penglibatan semua Ahli Jawatankuasa dalam aktiviti sukan, kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain.

    Turut diraikan peserta-peserta yang telah memenangi Pertandingan Boling Piala KSN anjuran PUSPANITA Kebangsaan, Pertandingan Tarian Sempena Majlis Makan Malam "Ladies Nite" PUSPANITA Kebangsaan dan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Negeri Perak & kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang banyak membantu dalam menyelaraskan Program 1M4U yang telah diadakan di Kuala Woh, Tapah pada 16 Mei lalu.

    Klik untuk lihat galeri...

  • Majlis Penghargaan PUSPANITA Negeri Perak 2014 (2)

  • Seminar Kepimpinan Dari Wanita Ke Hati Wanita

    Pada 24 Jun 2014 telah diadakan Seminar Kepimpinan Dari Wanita Ke Hati Wanita anjuran PUSPANITA Negeri Perak dengan kerjasama PUSPANITA Lembaga Air Perak bertempat di Hotel Impiana, Ipoh dan disertai 160 ahli.

    Tujuan program adalah untuk menimba pengetahuan bagaimana suasana teknologi media sosial masakini yang memerlukan wanita kehadapan dalam menguruskan keluarga dan kerjaya.

    Diakhir program, para peserta dapat memahami peranan wanita sebagai pemimpin dalam pekerjaan dan pengurusan keluarga yang mencabar.

    Klik untuk lihat galeri...

  • Seminar Kepimpinan Dari Wanita Ke Hati Wanita (2)

  • Program Sepetang Bersama Penganalisis Jenayah Kamal Affandi Hashim

    PUSPANITA telah menganjurkan Program Sepetang Bersama Penganalisis Jenayah Kamal Affandi Hashim pada 12 Jun 2014 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.  Program dihadiri seramai 300 orang peserta.

    Kamal Affandi Hashim adalah fasilitator dan penganalisis jenayah di Malaysia.  Beliau banyak memberi pandangan, cadangan, ulasan dan komentar yang membina bagi menangani aktiviti jenayah yang sering dilaporkan di seluruh Malaysia.  

    Para peserta diberi penerangan tentang keselamatan diri serta cara khusus bagi menghadapi situasi kecemasan yang berkaitan jenayah.  Bagi tujuan ini, golongan wanita patut melengkapkan diri dengan mempelajari langkah-langkah keselamatan serta melindungi diri sendiri sekiranya menerima ancaman daripada penjenayah. 

    Klik untuk lihat galeri...

  • Program Sepetang Bersama Penganalisis Jenayah Kamal Affandi Hashim (2)

  • Perlawanan Persahabatan Badminton Antara PUSPANITA dan PERKEP

    Pada 4 Jun 2014 telah berlangsung satu perlawanan persahabatan badminton di antara pasukan PUSPANITA dan pasukan PERKEP bertempat di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh.

    Selain mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat ahli-ahli lain yang turut hadir, perlawanan persahabatan itu juga memupuk kerjasama erat dan semangat setiakawan antara ahli-ahli.

    Syabas kepada pasukan badminton PUSPANITA kerana telah memenangi pertandingan tersebut.

    Klik untuk lihat galeri...

  • Perlawanan Persahabatan Badminton Antara PUSPANITA dan PERKEP (2)

    Pada 4 Jun 2014 telah berlangsung satu perlawanan persahabatan badminton di antara pasukan PUSPANITA dan pasukan PERKEP bertempat di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh.

    Selain mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat ahli-ahli lain yang turut hadir, perlawanan persahabatan itu juga memupuk kerjasama erat dan semangat setiakawan antara ahli-ahli.

    Syabas kepada pasukan badminton PUSPANITA kerana telah memenangi pertandingan tersebut.

    Klik untuk lihat galeri...

  • Latihan Pengurusan Tanaman Mangga

    Seramai 30 ahli PUSPANITA menimba pengalaman baru yang amat bermakna apabila diberi peluang untuk melawat Ladang Mangga yang berkeluasan 76 hektar di Sitiawan pada 5 Jun 2014.

    Para peserta diberi penerangan mengenai teknik penanaman dan pengurusan mangga dengan betul.

    Selain itu, para peserta juga dibawa melawat ladang mangga dengan menaiki van melihat keindahan ladang mangga dan kawasan sekitarnya secara keseluruhan. 

    Di akhir lawatan tersebut, para peserta dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari iaitu nasi putih bersama gulai ayam, ikan kembung bakar, pecal, jus tembikai dan jeli mangga.

  • Latihan Pengurusan Tanaman Mangga (2)

 Program-Program PUSPANITA Negeri Perak 2018
 
Sila hubungi urus setia di talian 05-209 5000 samb. 5157 untuk maklumat lanjut.
 
Pakaian Seragam PUSPANITA yang terbaru ada dijual dengan harga RM79.50 sepasang. Sila klik "Mengenai Kami" [pakaian seragam] untuk melihat kedua-dua pakaian tersebut.
 
"Moh le ramai-ramai kita beli, siapa cepat dia dapat"

PENGUMUMAN
 
KEPADA AHLI-AHLI YANG TELAH MEMOHON KAD KEAHLIAN PUSPANITA,
MOHON KERJASAMA UNTUK MENGAMBIL KAD MASING-MASING DI PEJABAT PUSPANITA.  
UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK URUS SETIA.

SUMBANGAN KEWANGAN & PERALATAN PERUBATAN DI BAWAH TABUNG PUSPADARA PUSPANITA (TPP)

PUSPADARA Kebangsaan melalui TPP memberikan pelbagai sumbangan dari segi kewangan dan peralatan perubatan bagi ahli-ahli PUSPANITA yang memerlukan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi urus setia di talian 
05-209 5000 samb. 5157
 
BORANG PELAJAR ANAK CEMERLANG PUSPANITA NEGERI PERAK 2018

KEPADA SEMUA AHLI-AHLI DIMOHON  UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI ANAK-ANAK YANG TELAH BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAAN AM UPSR, PT3, SPM & STPM  KEPADA URUS SETIA BIRO PENDIDIKAN SEBELUM/ PADA 20 APRIL 2018.  BORANG YANG TELAH LENGKAP BOLEH DISERAH KEPADA ALAMAT BERIKUT:-
 
Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga,
PUSPANITA Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh,
Perak.
 
** Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Zaharah 012-5022546 atau Puan Norwahibah 05-5015000**
 
670609
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
200
419
200
667186
9884
15123
670609
IP Anda: 54.156.85.167

Jumlah Pengunjung Sedang Online

We have 54 guests and no members online

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my