Sabtu, 16 Disember 2017 
A+ R A-
Filter
  • Lawatan ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016

    PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan lawatan ke Tapak Ekspo Pertanian (MAHA) 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 1 Disember 2016.  Lawatan ini disertai oleh seramai 30 orang ahli PUSPANITA. 

    Pelbagai ilmu pengetahuan, peluang, kemahiran, pendedahan, pertunjukan, permainan, jualan dan barangan yang boleh didapati disini. Tapak pameran MAHA 2016 ini sungguh luas. Ia menyajikan dengan lengkap semua aktiviti perladangan, penternakan dan nelayan negara.

  • Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Program Q-STEM (Quran, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)

    PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Program Q-STEM (Quran, - Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) pada 23 November 2016  bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan

    Pada majlis tersebut, YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Bt. Mohamad selaku Pengerusi PUSPANITA Negeri Perak, telah menyampaikan anugerah tersebut kepada seramai 25 orang pelajar dari kalangan anak-anak ahli PUSPANITA yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, dan SPM. Kesemua pelajar cemerlang menerima sumbangan wang saguhati, trofi dan sijil. Tujuan program ini adalah untuk memberi galakan serta motivasi kepada pelajar supaya terus memajukan diri dalam pelajaran mereka.
    Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan Ceramah Motivasi Celik Al-Quran kepada semua ahli dan anak-anak yang hadir untuk menerap nilai-nilai murni dan memahami isi kandungan Al-Quran dari segi Sains, Sejarah mengikut landasan dan pemahaman yang betul.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

 

 

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my