Pemakluman Pembaharuan Kad Keahlian PUSPANITA

 

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin Seri/Datin/Puan, kad keahlian PUSPANITA sebelum ini tidak mempunyai sebarang nilai tambah memandangkan ianya adalah sekadar lambang pengenalan keahlian. Sehubungan itu bagi menghargai semua ahli, PUSPANITA Kebangsaan telah berjaya menjalinkan kerjasama dengan pihak Jakel, Ariani, Restoran Pine Kitchen, Mavi Jeans dan Lenovo. Pada masa akan datang beberapa lagi syarikat telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan PUSPANITA. Hasil daripada kerjasama ini, ahli PUSPANITA akan mendapat beberapa manfaat antaranya ialah diskaun istimewa ketika berbelanja barangan mahupun perkhidmatan daripada syarikat mereka.

 

Bagi tujuan ini, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00 sahaja. Untuk makluman juga, manfaat yang ditawarkan kepada ahli PUSPANITA oleh syarikat-syarikat di atas hanya terpakai bagi kad keahlian yang baharu sahaja.