Sabtu, 16 Disember 2017 
A+ R A-

Yuran Keahlian

 

9.1    Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut :-

9.1.1 Ahli Biasa

          (a) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam kumpulan Pengurusan Tertinggi :

                             Yuran Masuk      -         RM20.00

                             Yuran Tahunan  -         RM30.00

           (b) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional :

                             Yuran Masuk      -         RM20.00

                             Yuran Tahunan  -         RM16.00

           (c) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Sokongan I (Kategori V - IX):

                             Yuran Masuk      -         RM20.00

                             Yuran Tahunan  -         RM10.00

            (d) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Sokongan II (Kategori X - XI):

                             Yuran Masuk      -         RM2.00

                             Yuran Tahunan  -         RM4.00

            (e) Yuran Pesara

                  Bayaran adalah setengah (1/2) daripada bayaran sebelum bersara, mengikut kategori waktu

                  bersara. Janda dan balu dimasukkan dalam kategori ini.

 

9.1.2 Ahli Bersekutu

          Yuran tahunan dan yuran masuk adalah setengah daripada yuran yang dikenakan ke atas ahli biasa

          mengikut kumpulan atau tanggagaji yang serupa dengan kumpulan yang berkenaan.

9.1.3 Ahli Gabungan

          Bagi ahli gabungan, yuran adalah 10% daripada jumlah yuran ahli yang didaftarkan.

9.1.4 Ahli Kehormat

          Tidak dikenakan apa-apa bayaran.

9.1.5 Ahli Seumur Hidup

          Membayar yuran yang ditetapkan iaitu RM100.00.

9.1.6 Ahli Tidak Hadir

          (a) Ahli Biasa yang perlu berada di luar negeri bagi sesuatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, bagi

                tahun berkenaan, adalah dikecualikan daripada membayar yuran;

          (b) Permohonan secara bertulis hendaklah dibuat kepada Bendahari cawangan yang hendaklah

                mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Cawangan. Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam rekod

                tempoh ahli dikecualikan.

9.2    Semua yuran tahunan hendaklah dibayar pada awal tahun. Yuran boleh dibayar kepada Bendahari

          cawangan berkenaan.

 

9.3    Ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan lebih daripada 3 tahun berturut-turut akan dihantar   surat peringatan daripada atau bagi pihak Setiausaha. Jika tidak dibayar juga, maka hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai seorang ahli sehingga hutangnya dibayar.

 

9.4    Ahli yang berhutang yuran tahunannya melebihi 5 tahun berturut-turut  akan dengan sendirinya gugurdaripada menjadi ahli.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

 

 

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my