Rabu, 12 Disember 2018 
A+ R A-
PENGUMUMAN:   KERJA PENGEMASKINIAN PORTAL PUSPANITA PERAK SEDANG DILAKSANAKAN. 
Filter
  • KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN PUSPANITA NEGERI PERAK

    PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah pada 17 Oktober 2017 (Selasa) bertempat di Rumah PUSPANITA.  Seramai 30 orang ahli telah terlibat dalam kursus tersebut.

     

    Kurus Pengurusan Jenazah diadakan dengan kerjasama dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Seramai 2 orang Fasilitator/ Penceramah ISMA telah memimpin peserta kursus mempelajari Tatacara pengurusan jenazah wanita. Intipati kurus adalah teori dan praktikal pengurusan jenazah iaitu memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah.

     

    Pihak Pengerusi amat berpuashati kursus sebegini diadakan dan berharap PUSPANITA dapat lagi bekerjasama bersama ISMA pada masa akan datang.

  • Ujian Kemahiran Menembak Lima Penjuru Bagi Tahun 2016

    Ujian Kemahiran Menembak Lima Penjuru Tahun 2016 telah diadakan pada 8 Oktober 2016, Sabtu bertempat  di Lapang Padang Tembak, Ipoh, Perak.

    Lima pasukan yang terdiri daripada pasukan Istana, BAIDURI, PUSPANITA, PERKEP dan BAKAT telah mengambil bahagian.

    Dalam acara tersebut, Tuanku Zara Salim yang mengetuai pasukan Istana A, dinobatkan sebagai penembak terbaik bagi acara ‘Centre Fire’ Individu. Naib johan jatuh kepada Puan Suliana Bt. Jaafar dari BAKAT B dan tempat Ketiga Puan Jamaiyah Bt. Kassa dari BAKAT A.  Pasukan menembak Tuanku Zara Salim, Istana A berjaya mendominasi acara 'Falling Plate' apabila muncul johan bagi kategori tersebut, Naib Johan, BAIDURI A dan Ketiga, BAKAT B. 

    BAKAT berjaya meraih Johan Keseluruhan Menembak dan membawa pulang piala pusingan yang dipertandingkan. 

    Berikut adalah senarai nama peserta PUSPANITA Negeri Perak yang terlibat dalam acara kejohanan tersebut:-

    1.         YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Bt. Mohamad

    2.         YBhg. Datin Nor Aishah Bt. Abu Khalid

    3.         Puan Saadiah Bt. Shaari

    4.         Puan Noor Aniza Bt. Mansor

    5.         Puan Zairina Bt. Noordin

    6.         Puan Nor Akmar Bt. Ibrahim

    7.         Puan Suekarni Bt. Mohamed Hashim

    8.         Puan Nurulhuda Bt. Mohd Alias

    9.         Puan Fatimah Bt. Hamid

    10.       Puan Lizawati Bt. Esmon

     

     

  • Seminar Motivasi dan Kecemerlangan Diri serta Majlis Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang

    Seminar Motivasi dan Kecemerlangan Diri serta Majlis Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang telah diadakan pada 27 Oktober 2015 bertempat di Hotel Impiana, Ipoh anjuran Kerajaan Negeri Perak bersama PUSPANITA Negeri Perak.

    Seminar ini telah berjaya menghimpunkan seramai lebih 600 peserta.  Slot seminar ini dimulakan dengan forum bertajuk “Kerjaya atau Keluarga, Mana Satu Pilihanku” oleh Tuan Haji Hushim Bin Haji Salleh, Kaunselor Hushim Motivational & Counselling Consultancy.  Slot seminar kemudian diteruskan dengan pembentangan oleh Tuan Haji Fadzli Bin Yusof, Perunding Latihan dan Kaunselor Global Genius Sdn. Bhd.

    Ceramah yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini disusuli dengan Majlis Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang bagi menghargai dan mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak ahli PUSPANITA seramai 15 orang yang mendapat A dalam semua mata pelajaran di dalam peperiksaan STPM, SPM, PT3 dan UPSR bagi tahun 2015.

    Seminar ini juga diakhiri dengan penyerahan borang kaji selidik bagi menilai semula kelemahan dan kekurangan seminar bagi tujuan penambahbaikan di masa akan datang.  Program motivasi ini dapat mendorong diri peserta menjadi “orang baru” yang sanggup menerima perubahan, berfikiran positif dan berpandangan jauh.

  • Lawatan Sambil Belajar PUSPANITA Negeri Sembilan ke Negeri Perak

     

    PUSPANITA Negeri Perak telah menerima kunjungan ahli jawatankuasa dan ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan seramai 35 orang pada 20 hingga 23 Oktober 2015.  Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli PUSPANITA bagi menambah pengertahuan berkaitan dengan kebudayaan dan keindahan alam semulajadi seperti flora dan fauna di Negeri Perak.  Di samping itu juga dapat menjalinkan hubungan akrab di kalangan ahli PUSPANITA Negeri Perak dan PUSPANITA Negeri Sembilan.

    Rombongan yang diketuai oleh YBhg. Datin Siti Hajal Binti Ahmad selaku Timbalan Pengerusi PUSPANITA Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan selama empat hari bermula dengan aktiviti melihat kelip-kelip di Taiping, Pulau Tali Kail dan Empangan Royal Belum serta Perkampungan Orang Asli. 

    Rombongan turut diraikan dengan jamuan makan tengah hari di Jabatan Perhutanan Negeri Perak sambil beramah mesra bersama ahli-ahli PUSPANITA Negeri Perak.

    Semoga lawatan ini dapat membuka minda dan meningkatkan pengetahuan semua ahli PUSPANITA yang terlibat.

  • Pertandingan Laman Web Terbaik PUSPANITA 2015

    Tahniah diucapkan kepada PUSPANITA Negeri Perak kerana memenangi tempat ketiga bagi Pertandingan Laman Web Terbaik PUSPANITA 2015 sempena Program Wacana ICT PUSPANITA "Memperkasa Gaya Hidup Wanita Melalui Inovasi ICT" yang diadakan pada 8 Oktober 2015 bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan, PUTRAJAYA.

    Turut menerima Sijil Penghargaan, Plak dan hadiah wang tunai berjumlah RM300.  Anugerah disampaikan oleh YBhg. Puan Sri Datuk Rohani Abdullah, Yang DiPertua PUSPANITA Kebangsaan.

  • Perlawanan Persahabatan Badminton Antara PUSPANITA dan BAIDURI

    Satu Perlawanan Persahabatan Badminton antara PUSPANITA dan BAIDURI telah diadakan pada 15 Oktober 2014.

    Pada perlawanan yang diadakan di Dewan Kediaman Rasmi YAB. Menteri Besar Perak itu, pasukan BAIDURI menang dengan keputusan 5-2.

    Perlawanan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan kedua-dua pihak di samping memberi pendedahan kepada pemain untuk meningkatkan kemahiran dalam sukan badminton. PUSPANITA berharap perlawanan persahabatan sebegini dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang. 

     

     

  • Program "Bersama Menggapai Kecemerlangan" oleh Ustazah Isfadiah Bt. Mohd Dasuki & Majlis Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang 2014

     “Bersama Menggapai Kecemerlangan” merupakan tajuk ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang juga merupakan selebriti Cinta Ilmu TV Al-Hijrah dan Tanyalah Ustazah di TV9.

    Program yang bertujuan memupuk semangat ukhuwah sesama insan ini diadakan pada 15 Oktober 2014 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.  Program ini turut dihadiri kira-kira 500 orang peserta.  Antara objektif seminar adalah untuk memberi kesedaran dan menyemai tabiat taabudiyah kepada Allah SWT untuk memohon sesuatu keperluan duniawi dan ukhrawi setelah berusaha dan berikhtiar.

    Ceramah yang bermula pada pukul 2.00 petang ini disusuli dengan Majlis Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang bagi menghargai dan mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak ahli PUSPANITA seramai 39 orang yang mendapat A dalam semua mata pelajaran di dalam peperiksaan STPM, SPM, PMR dan UPSR bagi tahun 2014.

  • Majlis Perasmian Kongres Penyair Sedunia (WCP) ke-33

    Pada 21 Oktober 2013, lebih 100 penyair dari seluruh dunia berkumpul di Perak sempena Kongres Penyair Sedunia (WCP) ke-33.  Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan turut dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA, YBhg. Datin Nor Hasmah Bt. Mohamad bersama Timbalan, YBhg. Datin Hjh. Hurul Ain Bt. Cha.

    Sempena majlis perasmian itu, beberapa penyajak telah mendeklamasikan sajak antaranya Fatimah Azahra Bennis dari Morocco, Dr Ernesto Kahan Dari Argentina dan Eugenia Soberanis dari Mexico.

     

  • Bakau

    PUSPANITA Negeri Perak bersama PUSPANITA Daerah Kerian telah menyertai Program Community Service Responsibility (CSR) Menanam Pokok Bakau anjuran MAKSAK Malaysia, MAKSAK Perak dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 18 Oktober 2013 bertempat di Kuala Gula Santuary Resort, Perak.

  • Program Community Service Responsibility (CSR) Menanam Pokok Bakau 2013

    PUSPANITA Negeri Perak bersama PUSPANITA Daerah Kerian telah menyertai Program Community Service Responsibility (CSR) Menanam Pokok Bakau anjuran MAKSAK Malaysia, MAKSAK Perak dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 18 Oktober 2013 bertempat di Kuala Gula Santuary Resort, Perak.  Majlis Pelancaran Program Menanam Pokok Bakau ini telah dirasmikan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB. Dato’ Abdul Puhat Bin Mat Nayan.  Program ini mendapat sambutan yang begitu meriah daripada semua pihak.

  • Majlis Perasmian Pameran Evolusi Seni Jahitan Kreatif 2013 & "Business Matching" Negeri Perak

    Pada 11 Oktober 2013 PUSPANITA Negeri telah menghadiri Majlis Perasmian Pameran Evolusi Seni Jahitan Kreatif 2013 (PSJK) "Business Matching" Negeri Perak di Pasar Raya Besar Mydin, Bandar Meru Raya, Ipoh.  Pameran ini bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk hasil jahitan daripada ahli-ahli PSJK Negeri Perak yang berkualiti tinggi kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta dan memberi kesedaran mengenai kepentingan untuk memelihara alam sekitar dengan mengamalkan proses kitar semula kain-kain terpakai. Pameran ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim. 

  • Majlis Anugerah Anak Cemerlang 2013 & Ceramah Motivasi Pelajar

    PUSPANITA Negeri Perak telah mengadakan Majlis Anugerah Anak Cemerlang 2013 & Ceramah Motivasi Pelajar pada 3 Oktober 2013 bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

    Pada majlis tersebut, YBhg. Datin Nor Hasmah Bt. Mohamad selaku Pengerusi PUSPANITA telah menyampaikan anugerah tersebut kepada seramai 46 orang pelajar dari kalangan anak-anak ahli PUSPANITA yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM. Kesemua pelajar cemerlang menerima sumbangan berbentuk hadiah.  Tujuan program ini adalah untuk memberi galakan serta motivasi kepada pelajar supaya terus memajukan diri dalam pelajaran mereka.  Majlis ini juga turut dimeriahkan lagi dengan Ceramah Motivasi kepada ahli-ahli PUSPANITA.  

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

 

 

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my