Khamis, 18 Januari 2018 
A+ R A-
PENGUMUMAN:   KERJA PENGEMASKINIAN PORTAL PUSPANITA PERAK SEDANG DILAKSANAKAN. 
Filter
  • Majlis Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk di Rumah PUSPANITA

    Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk Anjuran PUSPANITA Negeri Perak telah diadakan pada 25 Jun 2015 bertempat di Rumah PUSPANITA Negeri Perak.

    Program ini saban tahun diadakan pada bulan Ramadan sebagai salah satu aktiviti wajib PUSPANITA Negeri Perak. 

    Seramai 20 orang Ahli Jawatankuasa dan ahli PUSPANITA hadir bersama-sama untuk bergotong-royong memasak bubur lambuk. 

    Program potong-memotong bahan-bahan bermula pada jam 9.00 pagi dan bubur siap dimasak serta dibungkus pada jam 2.00 petang.  Sebanyak dua periuk besar bubur lambuk iaitu sebanyak 650 bekas telah berjaya dihasilkan dan turut diagihkan kepada Rumah Orang-orang Tua dan Rumah Anak Yatim yang berdekatan. 

    Program seperti ini harus diteruskan penganjurannya pada tahun-tahun akan datang kerana ianya bukan sahaja dapat megeratkan ukhwah di kalangan warga PUSPANITA tetapi juga dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.

  • Hello

    Hello

  • Program Memasak Bubur Lambuk 2014

    Program Memasak Bubur Lambuk anjuran PUSPANITA Negeri Perak telah diadakan pada 12 Julai 2014 di Rumah PUSPANITA. Sebanyak dua periuk bubur lambuk dimasak secara bergorong-royong oleh Ahli-ahli Jawatankuasa PUSPANITA. Proses penyediaan bubur lambuk bermula jam 8.30 di perkarangan Rumah PUSPANITA sebelum diagihkan kepada ahli-ahli sekitar jam 2.00 petang. Bubur lambuk yang dimasak dimasukkan ke dalam kira-kira 600 bekas kecil untuk memudahkan proses pengagihan. Program tersebut dilaksanakan secara gotong-royong bagi menyemarakkan suasana bulan Ramadan serta merapatkan hubungan sesama ahli.

  • Majlis Pembungkusan dan Penyerahan Kuih Raya 2014 Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak dan BAIDURI

    Kerajaan Negeri Perak telah mengaturkan satu majlis pembungkusan dan penyerahan kuih raya kepada pasukan keselamatan yang berlangsung pada 9 Julai 2014, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Pada tahun ini, sebanyak 16 jabatan termasuk unit beruniform dan badan berkanun menerima bungkusan kuih raya untuk diagihkan kepada 9,423 penjawat awam.

    PUSPANITA Negeri Perak turut terlibat dalam proses pembungkusan ini termasuk pasukan keselamatan, BAIDURI, MAKSAK dan KESEDAR.  Selain itu juga, program ini mendapat sokongan daripada beberapa badan lain seperti BAKAT, PERKEP serta wakil-wakil anggota kerajaan.

    Majlis penyerahan kuih raya ini disempurnakan sendiri oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr.Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan sebagai tetamu jemputan kehormat pada hari berkenaan.

    Klik untuk lihat galeri...

  • Majlis Pembungkusan & Penyerahan Kuih Raya Untuk Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak & Baiduri Negeri Perak

    Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) menyumbangkan 10,660 bungkusan kuih raya untuk anggota keselamatan pada 23 Julai 2013 dan 25 Julai 2013.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my