Sabtu, 16 Disember 2017 
A+ R A-

UCAPAN ALUAN Y.BHG PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PERAK

UCAPAN ALUAN

Y.BHG PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PERAK

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA NEGERI PERAK KALI KE-31 TAHUN 2014

 

TERIMA KASIH SAUDARI PENGACARA MAJLIS.

 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

 

YANG BERHORMAT PUAN NOLEE ASHILIN BINTI DATO’ MOHAMED RADZI

PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN;

 

YBHG. DATIN HURUL AIN BINTI CHA

TIMBALAN PENGERUSI PUSPANITA NEGERI PERAK;

 

YBHG. NAIB-NAIB PENGERUSI;

AHLI-AHLI JAWATANKUASA;

PENGERUSI-PENGERUSI BIRO;

PENGERUSI-PENGERUSI DAERAH;

KETUA-KETUA JABATAN;

DATIN-DATIN

PUAN-PUAN AHLI PUSPANITA

YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.

 

TERLEBIH DAHULU SAYA MEMANJATKAN KESYUKURAN KEHADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZINNYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA PADA PAGI INI, DIMAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KE-31 PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PERAK.

 

SAYA MEWAKILI SELURUH AHLI PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PERAK MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANGBERHORMATPUANNOLEEASHILIN BINTI DATO’ MOHAMED RADZI, PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, PELANCONGAN DAN KEBUDAYAANNEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KERANA SUDI MELAPANGKAN MASA UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN SEMUA AHLI PUSPANITA YANG HADIR PADA HARI INI DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PERAK KALI KE-31.

 

TERIMA KASIH JUGA KEPADA AHLI-AHLI YANG HADIR KERANA TURUT SERTA DEMI MELUNASKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG AHLI DAN SEBAGAI PERWAKILAN DALAM MESYUARAT AGONG PADA KALI INI.

 

MISI PUSPANITA ADALAH UNTUK MENJADIKAN SURI DAN ANGGOTA WANITA PERKHIDMATAN AWAM SEBAGAI SEORANG YANG BERDAYA SAING, BERKUALITI, BERILMU, BERKEMAHIRAN, BERKETERAMPILAN DAN BERTAQWA. SEHUBUNGAN ITU, SETIAP AKTIVITI DAN PROGRAM YANG DIRANCANGAKAN MENGAMBIL KIRA ASPEK-ASPEK YANG DITEKANKAN DALAM MISI TERSEBUT. DIHARAPKAN USAHA TERSEBUT AKAN MENYUMBANG KEPADA BUKAN SAHAJA PEMBANGUNAN DIRI WARGA PUSPANITA, MALAHAN KEPADA ANGGOTA KELUARGA DAN MASYARAKAT SECARA KESELURUHANNYA

SEPANJANG TAHUN 2013, PELBAGAI AKTIVITI TELAH DILAKSANAKAN SAMAADA YANG DIANJURKANOLEH PUSPANITA SECARA TOTAL ATAU SECARA PERKONGSIAN PINTAR DENGAN LAIN-LAIN PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN SEPERTI BAIDURI, BADAN-BADAN BERKANUN JABATAN-JABATAN KERAJAAN DAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN YANG LAIN.  ALHAMDULILLAH, SETAKAT INI SAMBUTAN DARIPADA AHLI-AHLI TERHADAP PROGRAM YANG DILAKSANAKAN AMAT MENGGALAKKAN. TERIMA KASIH.

 

BEBERAPA KEJAYAAN JUGA TURUT DICAPAI OLEH PUSPANITA NEGERI PERAK SAMA ADA DI PERINGKAT NEGERI MAHUPUN DI PERINGKAT KEBANGSAAN, ANTARANYA PASUKAN PUSPANITA NEGERI TELAH MENDAPAT TEMPAT KETIGA DALAM ACARA KEMAHIRAN MENEMBAK LIMA PENJURU PIALA DYTM RAJA PUAN BESAR PERAK, JOHAN KESELURUHAN BOWLING PIALA KETUA SETIAUSAHA NEGARA, TEMPAT PERTAMA TARIAN FUSION 1MALAYSIA DAN LAIN-LAIN LAGI.

 

UNTUK TAHUN 2014 PUSPANITA PERAK AKAN MERANCANG DAN MENYUSUN PELBAGAI AKTIVITI DAN PROGRAM TERMASUK YANG BERBENTUK KESUKARELAWANAN DEMI MANFAAT SEMUA PIHAK. CADANGAN DARIPADA AHLI-AHLI DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI DAN PROGRAM PUSPANITA AMAT DIALU-ALUKAN.

 

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, RUMAH PUSPANITA BARU SAHAJA DIBAIK PULIH DAN KINI DALAM PROSES MELENGKAPKAN LAGI RUMAH TERSEBUT DENGAN BEBERAPA KEPERLUAN ASAS. PIHAK PENGURUSAN DAN AJK PUSPANITA NEGERI AKAN MERANGKA DAN MENYUSUN PROGRAM YANG SESUAI UNTUK DILAKSANAKAN DI RUMAH BERKENAAN AGAR IA DAPAT DIMANFAATKAN SEPENUHNYA.TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK YANG TELAH MEMBERI PERUNTUKAN DAN KELULUSAN BAGI MEMBAIK PULIH RUMAH TERSEBUT.

 

PADA HARI INI KITA AKAN MENGADAKAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BAGI PENGGAL 2014 – 2016.  SEHUBUNGAN ITU KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA SEDIA ADA SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI DAN JASA  YANG TELAH DICURAHKAN KEPADA PUSPANITA SELAMA INI. TANPA KESEPAKATAN DAN USAHA KERAS SEMUA PIHAK, TIDAK MUNGKIN PERSATUAN INI DAPAT BERGERAK SEBAGAI SEBUAH PERTUBUHAN YANG SIHAT DAN MATANG.KEIKHLASAN HATI DAN BERSIKAP JUJUR SEHARUSNYA MENJADI AMALAN KITADALAM MELAKSANAKAN SETIAP TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN. 

 

 

DIHARAPKAN AGAR AHLI JAWATANKUASA YANG BARU BAGI PENGGAL 2014 – 2016 AKAN DAPAT MENYEMPURNAKAN TUGAS SEBAIK MUNGKIN.

 

AKHIR SEKALI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERHORMAT PUAN NOLEE ASHILIN BINTI DATO’ MOHAMED RADZI PENGERUSI JAWATANKUASA  KESIHATAN, PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN ATAS KESUDIAN BELIAU MENERIMA JEMPUTAN PUSPANITA UNTUK MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PUSPANITA KE 31 PADA KALI INI.

 

TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA, AHLI-AHLI PUSPANITA SERTA MANA-MANA INDIVIDU YANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG YANG TELAH SAMA-SAMA MENYUMBANG TENAGA, MASA SERTA BUAH FIKIRAN BAGI MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PADA KALI INI.

 

SEKIAN, WASSALAMUALAKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.

 

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

 

 

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my