Panduan / Pendaftaran Kad Keahlian PUSPANITA

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin Seri/Datin/Puan, kad keahlian PUSPANITA sebelum ini tidak mempunyai sebarang nilai tambah memandangkan ianya adalah sekadar lambang pengenalan keahlian. Sehubungan itu bagi menghargai semua ahli, PUSPANITA Kebangsaan telah berjaya menjalinkan kerjasama dengan pihak Jakel, Ariani, Restoran Pine Kitchen, Mavi Jeans dan Lenovo. Pada masa akan datang beberapa lagi syarikat telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan PUSPANITA. Hasil daripada kerjasama ini, ahli PUSPANITA akan mendapat beberapa manfaat antaranya ialah diskaun istimewa ketika berbelanja barangan mahupun perkhidmatan daripada syarikat mereka.

Bagi tujuan ini, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00 sahaja.
Untuk makluman juga, manfaat yang ditawarkan kepada ahli PUSPANITA oleh syarikat-syarikat di atas hanya terpakai bagi kad keahlian yang baharu sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan : Sistem Keahlian PUSPANITA

Tawaran istimewa keahlian PUSPANITA:

1. Bawal Ratu: Diskaun 5% - 10% bagi pembelian di Butik Bawal Ratu, Shah Alam.

2. Naelofar: Diskaun 10% bagi pembelian semua produk Naelofar di butik Naelofar Luxe TTDI dan Naelofar One Utama.

3. Jakel: Diskaun 20% bagi pembelian normal item (tanpa sale/promosi) di semua butik Jakel seluruh negara dan tambahan 10% diskaun bagi pembelian sale item/promosi.

4. Ariani: Diskaun 15% bagi pembelian normal item (tanpa sale/promosi) di semua butik Ariani seluruh negara dan tambahan 10% diskaun bagi pembelian sale item/promosi.

5. Mavi: Diskaun sehingga 80% bagi item terpilih dan sehingga 30% bagi pembelian TZ Scarf di Butik Zumavi, Bangi Sentral. Diskaun diberikan juga bagi pembelian secara dalam talian melalui pautan https://instabio.cc/3031006EBN3kl dan nyatakan sebagai ahli PUSPANITA semasa check-out.

6. Huawei: Diskaun menarik bagi produk terpilih melalui pembelian di website mshop.huawei.com

7. Pine Kitchen: Diskaun sehingga 10% bagi menu ala carte dan dine-in di Pine Kitchen, Sg. Merab, Bangi sahaja.

Maklumat terkini tawaran menarik bagi ahli PUSPANITA boleh layari https://www.puspanita.org.my/kelebihan-ahli/

 Kembali Ke Halaman Utama

Baca selanjutnya: Panduan / Pendaftaran Kad Keahlian PUSPANITA

  • Hits: 3324
Hakcipta Terpelihara © 2022 Puspanita Negeri Perak. Kemaskini : 23/03/23 • Jumlah Pelawat : 21286928