Logo Puspanita

HURAIAN :
1. Bulan Bintang melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatu padukan tenaga.

2. Buku melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.

3. Bunga Padi melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam.

4. Bunga Raya melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara.

5. P dan Pa lambang kewanitaan.

6. Warna Emas melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.

7. Warna Ungu melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.

TAFSIRAN NAMA PUSPANITA Suri bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Anggota Wanita bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Perkhidmatan Awam bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Puspanita Negeri Perak. Kemaskini : 23/03/23 • Jumlah Pelawat : 21286928