Sabtu, 16 Disember 2017 
A+ R A-
Filter
  • Seminar "Keterampilan Diri, Peningkatan Personaliti" Bersama Farrah Adeeba Mohamed Ashraf

    PUSPANITA Negeri Perak dengan kerjasama BAIDURI telah menganjurkan Seminar “Keterampilan Diri, Peningkatan Personaliti” pada 19 Februari 2016 di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak yang telah dihadiri seramai 200 orang peserta. 

    Seminar sehari ini dikendalikan oleh personaliti TV AlHijrah Farrah Adeeba Mohamed Ashraf.  Beliau banyak mengendalikan program latihan dan kesedaran mengenai aspek pengurusan imej, pengucapan awam, penampilan dan penggayaan diri.  Selain itu, beliau juga turut melibatkan para peserta dalam aktiviti berkumpulan dan gaya pemakaian tudung serta asas solekan.

  • Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-33

    Pada 28 Januari 2016, Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-33 telah diadakan di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

    Program bermula seawal jam 8.00 pagi ini dihadiri kira-kira 1500 orang ahli. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB. Puan Salbiah Binti Mohamed, Adun Temengor.

    Aktiviti jualan juga diadakan disepanjang koridor Dewan Bankuet dan ruang legar Aras Bawah mendapat sambutan yang hangat daripada ahli-ahli PUSPANITA.

    Program ini turut dihadiri YB Setiausaha Negeri Perak merangkap Penasihat PUSPANITA, YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

 

 

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my