Lirik dan Lagu Rasmi

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
 
Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan barsatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu
 
Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan
 
Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah-tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat
 
PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat Kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah
 
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato' Abu Bakar

Hakcipta Terpelihara © 2022 Puspanita Negeri Perak. Kemaskini : 21/11/22 • Jumlah Pelawat : 21286928