Sabtu, 21 October 2017 
A+ R A-
Filter
  • Majlis Penyampaian Insentif Kepada Atlet PUSPANITA Negeri Perak Bagi Pertandingan Karnival Sukan Anjuran PUSPANITA Kebangsaan Tahun 2016

    Majlis Penyampaian Insentif Kepada Atlet PUSPANITA Negeri Perak yang bertanding di Karnival Sukan PUSPANITA Kebangsaan 2016 telah diadakan pada 27 Mei 2016 bertempat di Hotel Weil, Ipoh.

    Pada Karnival Sukan 2016 yang diadakan di Putrajaya, Pasukan Negeri Perak berjaya memenangi Johan bagi pertandingan futsal dan boling serta Naib Johan bagi pertandingan boling dan badminton.

    Semua ahli pasukan bagi pertandingan futsal, boling, badminton, karom, batu seremban, congkak dan aerobikthon turut diberi ganjaran atas kemenangan yang diperolehi mereka.  Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

  • Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak Tahun 1437H/ 2016M Anjuran PUSPANITA Negeri Perak

    Pada 15 Mei 2016 bertempat di Auditorium Perak FM, Ipoh, PUSPANITA Negeri Perak telah menganjurkan Festival Nasyid Peringkat Negeri Perak yang telah dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA Negeri Perak, YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Bt. Mohamad.

    Pertandingan ini terbuka kepada setiap jabatan-jabatan dan agensi yang bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim dan mencungkil bakat baru. TAHNIAH diucapkan kepada peserta nasyid dari Kumpulan Az- Fawzan dari Universiti Malaya kerana telah menjadi Johan dan semoga terus berjaya pada masa hadapan.  Manakala Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan Bachelor dari Universiti Sains Islam Malaysia dan Tempat Ketiga pula dimenangi oleh Kumpulan Az-Humaira dari Universiti Malaya.

    Ucapan tahniah juga diucapkan kepada semua peserta di atas penyertaan mereka semoga dapat meningkatkan lagi usaha bagi memperolehi kejayaan pada masa depan

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Flock, Safari, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768.

PUSPANITA Perak version 2 adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

 

 

Puspanita Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957 ext 5873
Fax : 05-2425502
puspanita[at]perak[dot]gov[dot]my